Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Innovative PPC platform.

Kenyataan media Nik Aziz terhadap Nasharuddin

Label:


Kenyataan media Nik Aziz terhadap Nasharuddin
Harakahdaily | Foto Nasir Sudin
Tue | Jun 23, 09 | 10:15:04 am MYT

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengumumkan menarik balik kenyataannya menggesa Timbalan Presiden, Ustaz Nasharuddin Mat Isa meninggalkan PAS dan meletakkan jawatan ahli parlimen Bachok jika menyokong cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno.
Iklan





Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan demikian dalam satu kenyataan yang dibaca selepas satu perjumpaan khas hampir dua jam, mulai 5 petang semalam di pejabat agung PAS di ibu negara.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau:

"Setelah berbincang dari awal hingga akhir dalam perjumpaan khas yang diadakan di pejabat agung (PAS) dalam semangat kekeluargaan bagi menangani permasalahan dalam beberapa isu politik semasa, yang dibesar-besarkan oleh media perdana, kami akhirnya bersetuju sebulat suara melupakan perihal salah tanggapan antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politik parti Umno. Image

"Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu, untuk terus bersama-sama memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulat Islam di persada tanahair.

"Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang telah diputuskan oleh Presiden PAS bersama Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di bangunan Parlimen jam 2.30 tadi yang menolak sepenuhnya idea kerajaan perpaduan.

"Oleh yang demikian, selaras dengan itu, saya selaku Mursyidul Am PAS menarik balik segala kenyataan saya terhadap YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dan dengan itu, ianya tidak berbangkit lagi."

Perjumpaan khas itu turut dihadiri oleh Nasharuddin, Dato' Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Mursyidul Am, Dato' Dr Haron Din; Naib Presiden - Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Dato' Mahfuz Omar, Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali, bekas naib presiden, Ahmad Awang, Ketua Dewan Pemuda PAS , Nasruddin Hassan dan Ketua Muslimat Nuridah Salleh. - azm _



TARBIAH MELAHIRKAN MUKMIN MUJAHID

Label:

TARBIAH MELAHIRKAN MUKMIN MUJAHID

Tarbiyah Islamiyah bukan sekadar membentuk seseorang itu menjadi mukmin untuk dirinya, beramal dan bertaqwa seorang diri sahaja. Bahkan ia bertujuan melahirkan mukmin yang sedia berkhidmat, memberi sumbangan kepada Islam dan berjihad pada jalan Allah SWT.

Rasulullah SAW mendidik para sahabatnya sehingga menjadi mujahid yang kukuh iman mereka, sentiasa bersedia untuk berkorban dan berjihad pada jalan Allah. Apabila Islam berhajat kepada kerja dakwah, maka tampillah para da'i yang jujur, berani dan sabar menyampaikan risalah Islam melalui lisan dan contoh yang baik. Apabila Islam memerlukan pengorbanan harta benda, maka tampillah sahabat yang mempunyai harta kekayaan menyerahkan harta benda mereka kepada Rasulullah SAW dengan penuh keredhaan tanpa bakhil, seperti Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Osman Ibn Affan dan Abdul Rahman al-'Auf.

Semua ini adalah peribadi yang lahir hasil daripada tarbiyah imaniyah yang berjalan di dalam madrasah Rasulullah SAW. Didikan Rasulullah SAW bukan untuk melahirkan ahli falsafah atau kumpulan sufi yang asyik dengan riadah ruhiyah semata-mata tanpa menghiraukan tipudaya musuh yang ingin menghancurkan Islam. Rasulullah SAW pernah menegur seorang lelaki yang ingin mengasingkan diri untuk beribadah dan meninggalkan jihad. Kata Rasulullah SAW kepada lelaki itu;

"Jangan kamu lakukan demikian. Sesungguhnya tegak seseorang kamu di jalan Allah (berjihad) adalah lebih utama daripada ia sembahyang dirumahnya selama 70 tahun. Apakah kamu tidak suka Allah mengamponkan kamu serta memasukkan kamu ke dalam syurga? Berjihadlah pada jalan Allah. Sesiapa yang berperang pada jalan Allah di atas belakang unta , maka wajiblah baginya syurga" (Hadis riwayat At-Tarmizi).

Hasan al-Banna pernah menyebutkan:

'Jihad adalab fardu yang berjalan terus sampai hari kiamat."

Sabda Rasuluilah SAW:

"Barangsiapa mati padahal dia tidak berjihad dan tidak pernah berniat berjihad, maka matinya seperti mati jahiliyah.'

Serendah-rendah tingkat iihad itu ialah dengan cara membantah di dalam hati, dan setinggi-tingginya ialah perang fi sabilillah kerana kebenaran. Di antara kedua-dua tingkatan itu terdapat cara-cara jihad yang lain seperti berjihad dengan lidah, berjihad dengan pena, berjihad dengan tangan dan bejihad dengan cara berani bercakap benar di hadapan raja yang zalim. Semua sifat dan tingkatan jihad tersebut akan lahir melalui proses Tarbiyah lmaniyah, lnsyaallah.

Proses Tarbiyah mesti berterusan

Proses Tarbiyah lmaniyah mestilah berterusan, tidak boleh diabaikan atau dihentikan separuh jalan atau ditamatkan. Silibusnya mencakupi sepanjang hayat seorang muslim.
Menurut Al Syekh Mustafa Masyur bahawa Tarbiyah dan pembersihan jiwa diumpamakan seperti makanan dan siraman bagi pokok yang disemai atau ditanam. Jika pokok tidak dibajai dan disirami sentiasa, maka ia akan layu dan kering. la akan terus hidup subur jika dibajai dan disirami. Demikianiah manusia. Hidup sebenarnya bagi individu atau jemaah adalah kerana adanya iman. Hidup manusia sebenarnya adalah hidup hatinya dengan keimanan bukan hidup jasad yang akan fana. Iman di dalam hati itulah yang akan melahirkan kehidupan yang bermakna. Hati perlu digilap seialu kerana ia mungkin berkarat. Rasuluilah SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesunggubnya hati manusia itu berkarat seperti berkaratnya besi. Sababat-sababat bertanya: Apakah pengilapnya wahai Rasulullah?. Rasulullah menerangkan: membaca Al Quran dan mengingati maut (mati).' (HR Al Baibaqi)

lman yang berada dalam iiwa manusia sentiasa terdedah kepada kelunturan dan kelemahan kerana dijangkiti oleh berbagai penyakit seperti kesibukan urusan duniawi, dan lain-lain. Oleh itu kita perlu banyak memohon pertolongan kepada Allah SWT dengan sentiasa memperbaharui keimanan kita. Sabda Rasuluilah SAW:

"Sesungguhnya iman itu boleb lusuh seperti lusuhnya pakaian, maka bendaklah kamu memobon doa kepada Allah SWT supaya diperbaharui keimanan itu di dalam jiwa kamu.' (HR Al Hakim dan At Tabrani)

Faktor kejayaan Tarbiyah lslamiyah

Dr. Yusuf AI Qardhawi dalam bukunya, telah menjelaskan bahawa di sana ada beberapa faktor yang membantu menjayakan Tarbiyah lslamiyah, antaranya :

i. Keyakinan sepenuhnya bahawa tarbiyah adalah satu-satunya wasilah yang paling berkesan untuk merubah masyarakat, melahirkan rijal don seterusnya mencapai kejayaan. Melalui tarbiyahlah Rasuluilah SAW berjaya membentuk generasi rabbani sebagai contoh yang sukar ditandingi.

Jalan Tarbiyah adalah jalan yang jauh, jalan yang sukar dan jalan yang bertahap-tahap. Sedikit sekali yang mampu mengharungi jalan ini, tapi ianya satu-satunya jalan untuk sampai kepada kejayaan.

ii. Hanya Tarbiyah Islam yang mempunyai manhaj dan matlamat, lengkap dalam semua aspek dan jelas dari segi sumber, proses don perancangannya.

iii. Tarbiyah lslamiyah mampu mewujudkan suasana masyarakat yang harmoni. Suasana ini membantu setiap anggota masyrakat hidup secara Islam. Masyarakat dididik tentang cara memberi tunjuk ajar, cara bersimpati, memberi pertolongan dan sebagainya. Setiap anggota merasa sedikit dengan dirinya dan merasa banyak dengan sahabat. Dia merasa lemah bila bersendirian dan merasa kuat dengan berjemaah.

iv. Adanya pemimpin yang bersifat pendidik dengan fitrah yang Allah anugerahkan kepadanya. Pengetahuan dan pengalamannya menjadikan Tarbiyahnya lahir daripada hati sanubari yang bersih dan ikhlas kerana Allah SWT semata-mata. Setiap perkataan yang keluar dari hati akan masuk ke hati-hati yang lain tanpa sekatan. Perkataan yang hanya lahir dari lidah semata-mata tidak akan mampu melewati telinga pun. Perpatah ada menyatakan: "Orang yang kehilangan sesuatu benda nescaya ia tidak akan dapat memberikannya."

v. Mempunyai pendidik-pendidik yang ikhlas, berwibawa dan beramanah mengikut jalan pemimpin agong Muhammad SAW. Tidaklah dimaksudkan pendidik di sini mereka yang keluar dari pusal-pusat pengajian tinggi dalam bidang tarbiyah atau pendidikan, dengan ijazah masters atau PhD. Yang dimaksud dengan pendidik di sini ialah mereka yang mempunyai keimanan yang tinggi, kerohanian yang kuat, jiwa yang bersih, kemahuan yang kental, simpati yang luas dan kewibawaan yang memberi kesan kepada orang lain. Dia mungkin seorang jurutera atau seorang pegawai biasa atau seorang peniaga atau seorang buruh yang tidak ada kaitan dengan prinsip-prinsip atau
sistem pendidikan.

vi. Menggunakan berbagai-bagai wasilah seperti kegiatan-kegiatan di dalam halaqat, usrah-usrah, dan katibah-katibah yang dijuruskan ke arah matlamat pembangunan insan muslim yang soleh dan sempurna.

PENUTUP

Menjadikan Islam sebagai satu alternatif penyelesaian kepada masalah umat manusia mestilah lahir daripada keyakinan yang berteraskan keimanan, bukan disebabkan kegagalan sistem sistem lain. Islam hanya boleh memainkan peranannya untuk menyelesaikan masalah manusia apabila ianya diambil secara syumul dalam bentuk konkrit. Oleh itu setiap pekerja (amilin) Islam mestilah dibentuk dan diproses berteraskan aqidah tauhid yang bersumberkan daripada Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Islam tidak akan dapat dibangunkan tanpa rijal (pahlawan). Rijal tidak dilahirkan tanpa melalui proses Tarbiyah. Dan Tarbiyah tidak akan memberi sebarang kesan tanpa penglibatan dan penghayatan yang bersungguh-sungguh daripada setiap individu. Adalah menjadi harapan dan keyakinan setiap muslim bahawa masa depan adalah milik Islam.



Aku mahu tinggalkan dunia dalam sujudku

SUATU malam ketika aku sedang nyenyak tidur tiba-tiba aku melihat seolah-olah ayahanda menjelma di hadapanku. Perasaan kasih pada ayahanda tidak dapat ditahan-tahankan lagi, lalu aku berteriak: "Ayah... sudah lama tiada berita dari langit sejak ayahanda tiada!"
Waktu itu aku terlalu rindu setelah beberapa hari ayahanda wafat. Ketika aku sedang memanggil-manggil ayahanda, muncul pula para malaikat bersaf-saf lantas menarik tanganku, membawa aku naik ke langit.

Apabila aku mendongak temampaklah istana-istana indah yang dikelilingi taman-taman pawana serta anak-anak sungai mengalir saujana mata memandang.
Keindahan istana demi istana dan taman demi taman berjajaran di hadapan mata begitu mengasyikkan. Dari celahan pintu-pintu istana tersebut menjelmalah para bidadari seolah-olah patung bernyawa yang sangat jelita, sentiasa tersenyum dan bergelak ketawa. Bidadari itu berkata kepadaku: "Selamat datang wahai makhluk yang diciptakan syurga untuknya, dan kerana ayahanda kamu, kami diciptakan..."
Malaikat itu terus membawa aku naik ke langit seterusnya sehingga memasuki sebuah tempat yang dipenuhi istana-istana yang lebih indah daripada sebelumnya. Cahayanya bergemerlapan.
Dalam setiap istana itu terdapat rumah-rumah berisi pelbagai perhiasan indah yang belum pernah dilihat mata, tidak terdengar di telinga dan tidak pernah tersirat di hati. Penghuni istana-istana ini sentiasa bergembira, bergelak ketawa dan ceria. Di istana itu terdapat pelbagai kain sutera nipis dan tebal. Juga terdapat selimut-selimut daripada sutera dengan pelbagai warna dan corak.
Di atas rak-rak kelihatan pelbagai jenis gelas diperbuat daripada emas dan perak yang sungguh menawan. Pelbagai jenis hidangan makanan, buah-buahan serta air minuman yang lazat dan enak tersedia untuk dimakan. Pemandangan di taman-taman pula sungguh memukau dengan aliran sungai yang warnanya lebih putih daripada susu, rasanya lebih manis daripada madu dan baunya lebih semerbak daripada kesturi.
Aku yang kehairanan dan takjub lantas bertanya: "Untuk siapakah tempat-tempat indah sebegini dicipta? Apa nama sungai-sungai yang harum mewangi ini?"
Malaikat-malaikat itu menjawab:
"Tempat ini adalah Firdaus, tempat paling tinggi dan tiada lagi syurga di atasnya. Syurga Firdaus ini khas untuk singgahsana ayahandamu, semua rasul, nabi, para syuhada dan syiddiqun yang dicintai Allah. Sungai ini bernama al-Kautsar yang telah Allah janjikan kepada ayahandamu."
Aku bertanya lagi: "Di mana ayahandaku?"
Malaikat-malaikat menjawab: "Sebentar lagi ayahandamu akan datang menjemputmu!"
Tidak lama kemudian aku ternampak istana-istana yang sangat putih dan permaidani yang tersangat indah. Tiba-tiba aku sudah berada di atas permaidani yang terbentang di atas singgahsana. Aku ternampak ayahandaku sedang berehat di atas singgahsana tersebut dikelilingi sekelompok orang yang tidak dikenali. Ayahanda menarik tanganku dan mencium dahiku berkali-kali.
Ayahanda berkata: "Selamat datang wahai puteriku!"
Lalu ayahanda meletakkan aku di atas pangkuannya dan berkata lagi:
"Wahai puteriku, tidakkah engkau lihat apa yang telah dijanjikan Allah kepadamu dan yang akan engkau perolehi?"
Ayahanda menunjukkan istana-istana yang disaluti bermacam-macam hiasan yang indah menawan serta berkilau-kilauan, saujana mata memandang. Ayahanda berkata: "Inilah tempat tinggalmu, kediaman suamimu, kedua-dua anakmu serta orang-orang yang mencintaimu dan mencintai mereka. Bergembiralah... engkau akan mengikut ayahanda datang ke sini beberapa hari lagi..."
Aku berkata: "Kalau begitu senanglah hatiku dan bertambah rindu pada ayahanda."
Selepas berjumpa beberapa ketika dengan ayahanda, aku terjaga. Tubuhku menggigil dan terasa takut yang amat sangat. Aku masih teringat-ingat bisikan ayahanda. Aku akan mengikut langkah ayahanda beberapa hari lagi. Aku masih ingat ayahanda berkata perkara yang sama sebelum wafat. Ayahanda pernah membisikkan bahawa akulah orang pertama yang menyahut panggilan Ilahi selepasnya.
Sejak hari ayahanda wafat lagi aku selalu menangis dan bersedih. Perasaan sedih makin terasa selepas bermimpi bertemu ayahanda. Aku tahu tidak lama
lagi aku akan meninggalkan dunia fana ini untuk bersama ayahanda tercinta di akhirat yang kekal, aman dan sentosa.
Aku menceritakan mimpi tersebut pada suamiku dan juga pembantuku Asma binti Umays. Aku beritahu saat ajal hampir tiba. Asma menunjukkan pelepah kurma basah untuk membuat usungan seperti yang dilihat dibuat di Habshah.
Aku tersenyum apabila melihat keranda itu. Aku berwasiat supaya jenazahku nanti dikebumikan pada malam hari agar tiada seorang pun yang marah apabila melihat jenazahku. Aku juga meminta suamiku supaya menikahi Umamah, saudara perempuanku. Umamah menyayangi anakku seperti aku menyayangi mereka.
Setelah merasa saat ajal hampir tiba aku membawa dua orang anakku menziarah makam ayahanda. Tubuhku terasa sangat lemah untuk memijak. Tapi aku gagahi juga untuk bersembahyang dua rakaat antara mimbar dan makam ayahanda.
Tidak lama lagi jasadku akan berpisah dengan roh. Aku akan meninggalkan dua puteraku. Lalu aku peluk dan cium kedua-duanya bertubi-tubi. Sayang, ibumu terpaksa pergi dulu...
Selamat tinggal sayangku, puteraku dan suami tercinta. Biarlah aku menghadap Ilahi tanpa tangisan sesiapa. Aku tidak sanggup melihat tangisan puteraku dan suamiku. Biarlah mereka berada di sisi makam ayahanda dan suamiku bersembahyang. Kalau boleh aku mahu tinggalkan dunia ini dalam bersujud pada Ilahi.
Aku terus meninggalkan dua puteraku dan membiarkan suamiku bersembahyang di masjid. Aku mengambil ramuan hanuth, sejenis pengawet mayat yang ayahandaku biasa gunakan. Aku siramkan air ramuan itu ke seluruh tubuhku. Kemudian aku memakai kain sisa kapan ayahandaku. Selepas itu sekali lagi aku memanggil Asma binti Umays yang sentiasa mengurus dan merawatku.
Pada Asma aku berpesan, "Wahai Asma, perhatikanlah aku. Sekarang aku hendak masuk ke rumah membaringkan tubuhku sekejap. Jika aku tidak keluar, panggillah aku tiga kali dan aku akan menjawab panggilanmu. Tetapi jika aku tidak menjawab, ketahuilah aku telah mengikut jejak langkah ayahandaku!"

Setelah sejam berlalu, Asma memanggil-manggil nama wanita itu tetapi tiada sebarang jawapan. Ketika penjaga itu masuk, dia terkejut apabila melihat wanita kurus cengkung itu meninggal dunia dalam sujudnya. Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun...

***********
Aku dalam cerita di atas ialah Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah dengan isteri pertamanya Siti Khadijah. Fatimah meninggal dunia dalam usia 28 tahun setelah 40 hari Rasulullah s,a.w. wafat dan jenazahnya dimakamkan di perkuburan Baqi' di Madinah. Masih adakah wanita solehah seperti Fatimah di zaman moden ini?



Tazkirah : Keunggulan Rasulullah diintai Orientalis

Label: , ,

NABI Muhammad SAW diutuskan untuk membawa rahmat kepada seluruh umat manusia sepanjang zaman. Baginda memimpin melalui risalah tauhid yang diwahyukan oleh Maha Pencipta. Apa yang dibawakan Nabi Muhammad bukan berbentuk ideologi atau falsafah seperti diamalkan penganut agama lain.

Nabi Muhammad diutuskan bertujuan menyelamatkan manusia daripada jatuh ke jurang kecelakaan dan kemusnahan. Manusia yang hidup tanpa risalah tauhid menjalani kehidupan seumpama masyarakat haiwan yang mementingkan kepuasan nafsu semata-mata.

Kelahiran Nabi Muhammad dinanti-nantikan oleh ahli kitab dari kalangan penganut agama Yahudi dan Kristian, dua agama yang asalnya disebut agama langit. Dalam kitab Injil dan Taurat disebut mengenai kelahiran nabi akhir zaman yang akan membawa rahmat ke seluruh alam.

Ahli kitab kedua-dua agama itu percaya akan lahir seorang nabi yang akan menyatukan seluruh umat Islam dalam satu pegangan tauhid yang sama sehingga ke hari kiamat. Mereka bersedia untuk menjadi pengikut nabi yang bakal lahir itu sebagai kesinambungan kepercayaan yang diyakini sebelum itu.

Namun, disebabkan Nabi Muhammad bukan di kalangan keturunan Yahudi maupun Nasrani, banyak di kalangan ahli kitab itu mengetepikan kepercayaan mereka yang dipegang sekian lama.

Satu keistimewaan paling kerap diperkatakan mengenai Nabi Muhammad ialah berkaitan ciri kepemimpinannya. Semua pihak mengakui ketokohan kepemimpinan Nabi Muhammad yang tidak ada tolok bandingan. Kepemimpinan Nabi Muhammad yang terbilang tidak mungkin ditandingi individu di dunia ini, sebelum dan selepas baginda.

Paling mengagumkan, kepimpinan Nabi Muhammad terbaik dalam semua bidang. Tidak ada pemimpin lain yang dapat melakukan tanggungjawab secara serentak dalam pelbagai tugas dengan begitu sempurna.

Nabi Muhammad menjadi ketua agama, ketua negara, ketua hakim, panglima perang, perancang ekonomi, ketua pendidik, diplomat terkemuka dan suami serta bapa mithali. Pendeknya, kemampuan Baginda menepati gelaran ‘pemimpin agung’ sepanjang zaman seperti diakui semua pihak.

Justeru, Nabi Muhammad adalah ‘role model’ contoh ikutan terbaik. Sebagai penganut agama Islam, sesiapa yang mengikuti apa dilakukan Nabi Muhammad adalah dianggap melakukan sebahagian daripada sunnah.

Kekuatan dan kejayaan kepemimpinan Nabi Muhammad bukan diukur pada banyaknya jawatan dipegang. Apa yang dinilai sebenarnya ialah berdasarkan kejayaan dicapai secara fizikal mau pun spritual. Setiap kejayaan itu melalui tahap tertentu yang melambangkan sunnatullah, dan bukannya dicapai secara luar biasa.

Dengan kata lain, apa yang dilakukan dan dicapai oleh Rasulullah boleh dijadikan ikutan. Nabi Muhammad juga manusia biasa dan mengalami keadaan sama seperti orang lain.

Sebagai manusia biasa Nabi Muhammad juga turut berasa kelaparan jika tidak makan, mengalami sakit jika bahagian badan terluka dan turut berasa kepenatan. Baginda juga memerlukan kepada apa yang diperlukan oleh orang biasa. Baginda juga berdepan dengan kegagalan dan kesukaran.

Allah mengutuskan nabi di kalangan orang biasa agar mampu dijadikan contoh. Sekiranya nabi adalah kalangan manusia yang dikurniakan 'super power' atau kuasa istimewa, sudah tentu manusia biasa tidak mampu untuk mengikuti apa yang dilakukan.

Kejayaan Rasulullah memimpin manusia dari zaman kegelapan kepada zaman kecemerlangan, sikap perpecahan kepada perpaduan, miskin jiwa menjadi kaya jiwa dan percaya kepada kebatilan bertukar mengakui keesaan Allah, terus diperkatakan sepanjang zaman.

Sirah Rasulullah sentiasa dijadikan bahan kajian untuk mendapat manfaat daripadanya. Kajian itu turut dilakukan ahli falsafah, ilmuan dan pemikir bukan Islam. Mereka membaca, mengkaji dan membuat rumusan mengenai sirah Rasulullah secara berulang. Semakin banyak yang dikaji, semakin menambahkan lagi rasa kagum terhadap kemampuan Rasulullah.

Namun, sebilangan orientalis yang terang memusuhi Islam membuat rumusan sebaliknya, dengan harapan mencemarkan kedudukan Nabi Muhammad. Sebab itu, kadang-kala kedengaran tuduhan buruk dilemparkan kepada Rasulullah.

Niat buruk itu tidak langsung mencemarkan keunggulan Nabi Muhammad dan Islam yang dibawa oleh Baginda. Bahkan, cerita buruk ini mendorong lebih banyak yang ingin mendapat maklumat sebenar mengenai Nabi Muhammad.

Sumber: Berita Harian 23.1.2007



Kenal Peribadi dgn bulan lahir.

Label: , ,

> > Assalamualaikum
> >
> > Something interesting untuk bacaan kita...
> >
> > BERDASARKAN KAJIAN 25 TAHUN
> > DATO' FADZILLAH KAMSAH
> >
> > JANUARI
> >
> > bercita-cita tinggi dan orangnya serius
> > suka mendidik dan dididik
> > sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
> > rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan
> > suka smart, kemas dan teratur
> > bersifat sensitif , berfikiran mendalam
> > pandai mengambil hati org lain
> > pendiam kecuali telah dirangsang
> > agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi
> > mudah mendisiplinkan diri sendiri
> > badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
> > bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya
> > cukup sayang pd kanak-kanak
> > suka duduk rumah setia pada segala-galanya
> > perlu belajar kemahiran sosial
> > cukup cemburu yg sangat tinggi
> >
> > FEBRUARI
> >
> > berfikiran abstrak
> > sukakan benda yang reality dan abstrak
> > inteligent, bijak dan genius
> > berpesonality yg mudah berubah
> > mudah menawan org lain
> > agak pendiam. Pemalu dan rendah diri
> > jujur dan setia pd segalanya
> > keras hati untuk mencapai matlamat
> > tidak suka dikongkong
> > mudah memberontak apabila dikongkong
> > suka kegiatan yg lasak
> > emosinya mudah terluka dan sgt sensitif
> > mudah mempamirkan marahnya
> > tidak suka benda yg remeh-temeh
> > suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
> > sangat berani dan suka memberontak
> > bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan utk
> > >merealisasikan impiannya pemerhatian yg tajam
> > suka hiburan dan sukan suka benda yg bersifat seni
> > sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
> > berkecenderungan pd benda yg tahyul
> > amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
> > belajar untuk mempamirkan emosi
> >
> > MAC
> >
> > berpesonaliti yg menarik dan menawan mudah didampingi
> > sgt pemalu dan pemendam rasa
> > sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati
> > sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran
> > suka pada kedamaian sgt peka kepada orang lain
> > sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain
> > tidak cepat marah dan sangat amanah
> > tahu balas budi dan tahu kenang budi
> > pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam
> > kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal
> > suka berangan-angan suka melancong
> > sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi
> > kelam kabut dalam memilih pasangan suka dgn hiasan rumahtangga
> > punya bakat seni dalalm bidang muzik
> > kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik
> > jgn terlalu moody.
> >
> >
> > APRIL
> >
> > sgt aktif dan dinamik
> > cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
> > sgt menarik dan pandai manjakan diri
> > punya daya mental yg sangat kuat
> > suka diberi perhatian
> > sgt diplomatik (pandai memujuk ).berkawan dan pandai menyelesaikan
> > >masalah org
> > sgt berani dan tiada perasaan takut
> > suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
> > emosi cepat terusik try control the emotion
> > kecenderungan bersifat dendam
> > agresif, kelam kabut utk membuat keputusan
> > kuat daya ingatan
> > gerak hati yg sangat kuat
> > pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain
> > berpenyakit disekitar kepala dan dada
> > sgt cemburu dan terlalu cemburu
> >
> >
> > MEI
> >
> > kekerasan hati & degil
> > kuat semangat & bermotivasi tinggi
> > pemikiran yg tajam
> > mudah marah apabila tidak dikawal
> > pandai menarik hati org lain & menarik perhatian
> > perasaan yg amat mendalam
> > cantik dr segi mental & fizikal
> > tidak perlu dimotivasikan
> > tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain
> > mudah dipujuk
> > bersikap sistematik (otak kiri)
> > suka berangan
> > kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa
> > diberitahu
> > bahagiantelinga & leher mudah diserang penyakit
> > daya khayalan yg tinggi
> > permikiran yg tajam
> > pandai berdebat
> > fizikal yg baik
> > kelemahan sistem pernafasan
> > suka sastera,seni & muzik serta melancong
> > tidak berapa suka duduk dirumah
> > tidak boleh duduk diam
> > tidak punya ramai anak
> > rajin dan bersemangat tinggi
> > agak boros
> >
> > JUN
> >
> > berfikiran jauh & berwawasan
> > mudah ditawan krn sikap baik
> > berperangai yg lemah lembut
> > mudah berubah sikap,perangaiidea @mood
> > idea yg terlalu banyak dikepala
> > bersikap sensitif
> > otaknya aktif (sentiasa berfikir)
> > sukar melakukan sesuatu dgn segera
> > bersikap suka menangguh-nangguh
> > bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik
> > cepat marah &cepat sejuk
> > suka bercakap & berdebat
> > suka buat lawak & bergurau
> > otaknya cerdas berangan-angan
> > mudah berkawan & pandai berkawan
> > org yg sangat tertib
> > pandai mempamerkan sikap
> > mudah kecil hati
> > mudah kena selsema
> > suka berkemas
> > cepat rasa bosan
> > sikap terlalu memilih & cerewet
> > kurang mempamerkan perasaan
> > lambat nak sembuh apabila terluka hati
> > suka kepada barang yang berjenama
> > mudah menjadi eksekutif
> > kedegilan yg tidak terkawal
> > sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi
> > siapa menegur saya adalah kawan saya.
> >
> > JULAI
> >
> > Sangat seronok didamping
> > Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki
> > Agak pendiam kecuali diransang
> > Ada harga dan maruah diri
> > Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
> > Mudah dipujuk dan bercakap lurus
> > Sangat menjaga hati orang lain
> > Sangat peramah
> > Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya
> > Berjiwa sentimental
> > jarang berdendam
> > mudah memaafkan tapi sukar melupakan
> > tidak suka benda remeh-temeh
> > membimbing cara fizikal dan mental
> > sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang
> > layanan yg serupa dgn semua orang
> > tinggi daya simpati
> > pemerhatian yg tajam
> > suka menilai org lain dgn pemerhatian
> > mudah dan rajin belajar
> > suka muhasabah diri
> > suka megenangkan peristiwa atau kawam lama
> > suka mendiamkan diri
> > suka duduk dirumah
> > suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
> > tak agresif kecuali terpaksa
> > lemah dari segi kesihatan perut
> > mudah gemuk kawal tak kawal diet
> > minta disayangi
> > mudah terluka hati tapi lambat pulih
> > terlalu mengambil berat
> > rajin dalam membuat kerja
> >
> > OGOS
> > suka berlawak
> > mudah tertawan kepadanya
> > sopan santun dan caring terhadap org lain
> > berani dan tidak tahu takut
> > orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan
> > pandai pujuk org lain
> > terlalu pemurah & bersikap ego
> > nilai harga diri yg sangat tinggi
> > dahagakan pujian
> > semangat juang yg luar biasa
> > cepat marah & mudah mengamuk
> > mudah marah apabila cakapnya dilawan
> > sangat cemburu
> > daya pemerhatian yg tajam & teliti
> > cepat berfikir
> > fikiran yg berdikari
> > suka memimpin & dipimpin
> > sifat suka berangan
> > berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat
> > sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
> > cepat apabila ditimpa penyakit
> > belajar utk relax
> > sikap kelam kabut
> > romantik ,pengasih,penyayang
> > suka mencari kawan
> >
> > SEPTEMBER
> >
> > sangat bersopan santun & bertolak ansur
> > sangat cermat,teliti & teratur
> > suka menegur kesilapan org lain & mengkritik
> > pendiam tapi pandai bercakap
> > sikap sangat cool sangat baik & mudah simpati
> > sangat perihatin & terperinci,amanah,setia & jujur
> > kerja yg dilakukansangat sempurna
> > sangat sensitif ygtidak diketahui
> > org yg banyak berfikir
> > daya pentaakulan yg baik
> > otak bijak & mudah belajar
> > suka mencari maklumat
> > kawal diri dari terlalu mengkritik
> > pandai mendorong diri sendiri
> > mudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) krn banyak simpan
> rahsia
> > suka sukan,hiburan & melancong
> > kurang menunjukan perasaannya
> > terluka hatinya sangat lama disimpan
> > terlalu memilih pasangan
> > sukakan benda yg luas
> > bersistematik
> >
> >
> > OKTOBER
> >
> > suka sembang
> > suka org yg sayang padanya
> > suka ambil jln tengah
> > sangat menawan & sopan santun
> > kecantikan luar & dalam
> > tidak pandai berbohong & berpura-pura
> > mudah rasa simpati,baik pentingkan kawan
> > sentiasa berkawan
> > hatinya mudah terusik tetapimerajuknya tak lama
> > cepat marah
> > macam pentingkan diri sendiri
> > tidak menolong org kecuali diminta
> > suka melihatdari perspektifnya sendiri
> > tidak sukaterima pandangan orglain
> > emosi yg mudah terusik
> > suka berangan & pandaibercakap
> > emosi yg kelam kabut
> > daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan)
> > suka melancong,bidang sastera & seni
> > pengasih ,penyayang & lemah lembut
> > romantik dlm percintaan
> > mudah terusik hati & cemburu
> > ambil berat tentang org lain
> > suka kegiatan luar
> > org yg adil
> > boros & mudah dipengaruhi persekitaran
> > mudah patah semangat
> >
> >
> > NOVEMBER
> >
> > banyak idea dalam perkara
> > sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya
> > berfikiran kehadapan
> > berfikiran unik dan bijak
> > penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa
> > pemikiran yg tajam
> > daya firasat yg sgt halus dan tinggi
> > bagus utk jadi doktor
> > cermat dan teliti
> > personaliti dinamik
> > sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
> > banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
> > berani, pemurah setia dan byk kesabaran
> > terlalu degil dan keras hati
> > apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya
> > taksuka marah kecuali digugat
> > mudah ambil berat terhadap orang lain
> > pandai muhasabah diri
> > cara berfikir lain dari org lain
> > otak yg sangat tajam
> > pandai mendorong diri sendiri
> > tidak hargai pujian
> > kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi dan
> > apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya
> > badan yg tough
> > kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
> > romantik
> > tidak pasti dgn hubungan kasih sayang
> > suka duduk dirumah
> > sangat rajin dan berkemampuan tinggi
> > amanah, jujur setia dan pandai berahsia
> > tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
> > bercita-cita tinggi
> > perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
> >
> > DISEMBER
> >
> > Sangat setia dan pemurah
> > Bersifat patriotik
> > Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
> > Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
> > Bercita-cita tinggi
> > Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi
> > Seronok didampingi
> > Suka bercampur dgn org
> > Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai
> > Sangat jujur amanah dan bertolak ansur
> > Tidak pandai berpura-pura
> > Cepat marah
> > Perangai yg berubah-ubah
> > Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
> > Benci pada kongkongan
> > Suka berlawak
> > Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik
> >



SHAH ALAM, 7 Jun (Hrkh) - Satu usul tergempar mendesak penubuhan Suruhanjaya Bebas Diraja siasat pengambilan secara haram kerajaan Pakatan Rakyat Perak diterima sebulat suara.
Iklan




Usul yang dibawa oleh PAS Kawasan Tambun, Perak itu diterima untuk dibahaskan setelah menyedari tindakan Umno/BN merampas kerajaan Pakatan Rakyat Perak merupakan perbuatan yang biadap dan tidak menghormati suara rakyat.

Perwakilan Perak, Dr Khairuddin Abdul Malik yang juga bendahari PAS Perak ketika membawakan usul tersebut menegaskan perlunya penubuhan suruhajaya tersebut bagi menyiasat perbuatan Umno/BN yang merasuah wakil rakyat bagi membolehkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

"Kami mencadangkan usul tergempar ini kerana tidak mahu lagi peristiwa yang berlaku di Perak berulang dinegeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain.

"Kerana itu kami mendesak supaya Suruhanjaya Bebas DiRaja perlu segera ditubuhkan bagi menyiasat perbuatan rampasan kuasa itu," tegas Dr Khairuddin.

Kerajaan tegas beliau perlu segera menubuhkan suruhanjya ini bagi membolehkan segala perbuatan tidak bermoral yang dilakukan untuk merampas kerajaan Pakatan Rakyat Perak dapat didedahkan kepada umum.

Usul yang dibawakan itu disokong sepenuhnya oleh PAS Kawasan Shah Alam dan juga Dewan Pemuda PAS Pusat melalui perwakilan mereka yang membahaskan usul tersebut.

Perwakilan Shah Alam, Khalid Samad yang membahaskan usul tersebut menegaskan, penubuhan suruhanjaya tersebut perlu disokong tanda penolakan terhadap Umno/BN.

Beliau juga menyeru semua perwakilan supaya tidak mudah terpedaya dengan agenda yang dimainkan Umno/BN yang cuba memerangkap dengan tawaran-tawaran yang amat menarik.

Selain Khalid, perwakilan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Dzulkifli Ahmad juga menyokong penuh usul tergempar yang dibawa oleh PAS Kawasan Tambun dan menolak sebarang kerjasama dengan Umno.



Ganti Vaksin Berenzium Babi

Label:

JAKARTA -- Pemerintah, menurut anggota Komisi Fatwa MUI (Majelis Ulama Indonesia), KH. Zaini Naim, harus segera mencari pengganti vaksin maningitis yang disinyalir mengandung enzim babi."Pemerintah mestinya segera mencari alternatif lain dari penggunaan vaksin maningitis," ujar Zaini Naim di Jakarta, Senin.

Vaksin maningitis yang diduga mengandung lemak babi pertama kali ditemukan oleh Lembaga Pengkajian Pangan dan Obat-obatan dan Kosmetika Majelis Ulama Indonesia (LPPOM MUI) Sumatera Selatan (Sumsel).

Penggunaan vaksin itu pada setiap calon jemaah haji Indonesia sudah menjadi persyaratan mutlak dari pemerintah Arab Saudi, kata Ketua MUI Samarinda itu,."Masalah ini sudah berlangsung sejak lama, namun sampai sekarang belum ada upaya kongkret dari pemerintah untuk mencari pengganti vaksin itu," katanya.

Namun, MUI belum mengeluarkan sikap resmi terkaivaksin maningitis yang berfungsi untuk menghindari terjadinya radang selaput otak kepada calon jamaah haji yang masuk Arab Saudi.Sebelumnya, Ketua Majelis Ulama Indonesia (MUI), Amidhan, juga telah memberikan reaksi dan meminta pemerintah untuk mencari alternatif vaksin lain yang bersifat halal."Jika terbukti benar mengandung enzim babi, maka wajib dicari alternatif lain, yakni vaksin yang tidak mengandung babi," katanya.ant/kpo



Kebebasan Mutlak Tak Mungkin Wujud

Kebebasan Mutlak Tak Mungkin Wujud

Adakah benar apabila kebebasan mutlak boleh membawa kepada kekacauan? Inikah teori terbaru daripada Datuk Seri Dr. Mahathir menegaskan kebebasan mutlak tidak mungkin wujud kerana kebebasan sedemikian boleh membawa kepada kekacauan. Barat telah mempraktikkan kebebasan bersuara dan membina tempat2 bagi rakyat meluahkan perasaan tidak puas hati kepada kerajaan. Akhbar-akhbar dan lain-lain media sebaran am bebas menceritakan apa sahaja tanpa kawalan dan kongkongan.

Perdana Menteri berkata, kecuali kerajaan mengenakan had kepada hak-hak tertentu, individu boleh menyalahgunakan hak tersebut untuk menimbulkan keruntuhan moral seperti membunuh bayi yang belum lahir dan kanak-kanak.``Pada masa yang sama dalam menuntut hak-hak mereka, individu terbabit perlu juga menghormati hak-hak orang lain,'' katanya.

Dr. Mahathir berkata, konsep hak asasi Barat berbeza dengan negara-negara Asia. Beliau menjelaskan, Barat mengutamakan hak asasi manusia secara individu terlebih dahulu sebelum mengambil kira kepentingan kumpulan atau masyarakat manakala budaya Asia menekankan kepada masyarakat berbanding individu.

Sebagai contoh, kata Perdana Menteri Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) yang dikritik keras oleh Barat digunakan bagi menjamin keselamatan dan memberi perlindungan kepada kelompok majoriti.

Yang pelikknya semasa operasi lalang dulu pembangkang yang tiada kaitan dengan persoalan perbalahan kaum telah ditangkap (ISA) sedangkan UMno yang membawa isu2 sebegini terlepas dari hukuman. Yang menimbulkan peristiwa 16 Mei adalah pemimpin UMno. Merekalah yang sepatutnya di tangkap ISA tetapi yang ditangkapnya pembangkang kerana semata-mata nak selamatkan UMno/BN. Bukan nak elak huru hara tapi nak elak UMno/BN kalah..

Kononnya ISA untuk menangkap sesiapa yang mengancam keselamatan negara.... mengancam macam mana tu??? sebenarnya mengancam perjuangan mabuk UMno/BN!!! itulah hakikatnyerrrr....

ISA tak lebih dari untuk menangkap pengancam2 UMno/BN... ISA sememangnya sungguh tak patut.... sebab yang kena hanyalah pemimpin pembangkang.... Orang UMno/BN tak kena pulak yang mengancam keselamatan negara.... Najib, Hishamudin tu tak kena apa2 pun!!!

Ada pula kata bahwa ISA ni penting kalau tangkap lambat-lambat nanti tak sempat pula nak sekat huru hara. Ini adalah pandangan yang sempit dan terbatas. Kalau ada bukti sudah pasti tak pangil ISA. Contohnya kalau seseorang itu mempunyai ketenteraan dan memang ada perancangan tertentu untuk menghuru harakan negara. Maka disini sudah pasti ada bukti. Kalau tangkap pun tidak semestinya tanpa bicara. Boleh juga tangkap dan dibicarakan secara adil dalam mahkamah biasa, tiada kaitan dengan masuk ISA. Masuk ISA memang jelas bukan berkait dengan takut timbul huru hara tetapi takut UMno/BN kalah atau kalah dari segi politiknya itu sahaja.

Fahamilah wahai orang2 UMno/BN dan orang yang tak reti hujah tentang kenapa ISA ni teruk. ISA ni asalnya untuk komunis dan yang berkait dengan senjata yang boleh menggugat ketenteraman Malaysia. Tetapi sekarang ni jelas guna ISA untuk kepentingan UMno/BN semata-mata.

Menurut Dr Mahathir, hak asasi manusia perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas iaitu mengenai kualiti hidup masyarakat dan bukan semata-mata bersandarkan kepada Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948 yang ideal tetapi tidak dilaksanakan sepenuhnya secara berkesan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Dalam pada itu, Dr. Mahathir berkata, sungguhpun sesetengah pihak mungkin melihat Perlembagaan Persekutuan secara berbeza, kebebasan asas tertentu telah dinyatakan jelas dalam bahagian II Perlembagaan. Katanya, selain Artikel 3-15 yang menyatakan hak-hak politik dan awam, terdapat beberapa lagi hak yang dinyatakan dalam Perlembagaan seperti hak warga negara menyaman kerajaan (Artikel 69 dan 167), hak mengundi (Artikel 119) dan perlindungan daripada diskriminasi kaum dalam perkhidmatan awam (Artikel 135). Selain itu menurut beliau terdapat undang-undang biasa yang menyediakan perlindungan kepada hak-hak asasi seperti Akta Orang Asli, Akta Kerja, Akta Keganasan Rumah Tangga, Akta Pendidikan dan Akta Alam Sekitar. ``Berbanding negara-negara lain, Malaysia berada di hadapan dalam memelihara hak asasi manusia,'' katanya. Kata beliau, Malaysia merupakan negara ketiga di kalangan negara-negara ASEAN menubuhkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia.

Yang hairannya kenapa rakyat dilarang dari menghadiri ceramah, bukan sahaja dilarang tetapi ditangkap. Adakah ini sama seperti kata Dr. Mahathir tersebut?

Tiada kebaikan selain dari hukum yang ditetapkan oleh Allah dan RasulNya... ISA jelas bertentangan dengan Islam, kerana Islam meletakkan setiap orang yang ingin dihukum perlu melalui proses pengadilan, pembuktian, saksi dan penghakiman yang adil...

Adakah cara ISA itu sesuai dengan Islam? Apakah salahnya orang-orang yang ditangkap tersebut membela dirinya? Sebenarnya ISA adalah kesinambungan hukuman Jahiliyyah penjajah British... Kalau benar orang yang ditangkap itu bersalah, kenapa kerajaan UMno/BN tidak buktikan kesalahan orang itu di depan hakim atau mahkamah? Yang lebih pelik lagi keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap kes habeas corpus tahanan ISA Ezam, Tian, Shaari dan Hishamudin. Empat orang hakim, diketuai Hakim Besar Tun Dzaiddin, sebulat suara berpendapat mereka ini ditahan secara haram (unlawful) oleh pihak polis selama dua bulan pertama.

Namun begitu, selepas berehat 20 minit (untuk berbincang dan mendapat arahan dari atas ke?), mereka mengambil keputusan tidak mengeluarkan perintah supaya tahanan ini Bukankah perintah dua tahun itu lanjutan dari yang dua bulan? Macam mana yang dua bulan mula-mula haram, tetapi dua tahun berikutnya sah pula?Adakah hakim-hakim yang arif ini tertekan oleh kuasa politik? Sekarang ini semua tahanan yang terlibat patut menuntut ganti rugi dari polis dan pemerintah kerana menahan mereka secara haram selama dua bulan atau dua tahun!

Ezam berkata "Ini adalah satu ujian kepada TPM untuk menguji sama ada beliau punya kekuatan moral untuk bebaskan saya, Tian Chua, Ustaz Badrul, Shaari Sungib, Hisyamudin Rais dan Lokman Adam dan membuktikan beliau layak untuk menjadi seorang Perdana Menteri yang tunduk kepada prinsip undang-undang (rule of law) dan prinsip moral"

Sebenarnya ISA adalah jalan mudah UMno/BN mengurung musuh politiknya, kerana tidak ada seorang pun orang UMno/BN yang ditahan di bawah ISA di zaman Dr. Mahathir walaupun jelas pada tahun awal 90-an Datuk Najib berhimpun di padang Kampung Baru dengan berucap yang boleh menimbulkan ketegangan kaum, mengatakan KL akan dibasahi oleh darah Cina... (ketegangan MCA-Pemuda Umno pada masa itu)...

Mengapa penyokong taksub UMno/BN membela akta zalim ciptaan manusia dan bercanggah dengan Islam?



DIALOG IBLIS (ALAIHI LAKNAT) DENGAN RASULULLAH S.A.W

DIALOG IBLIS (ALAIHI LAKNAT) DENGAN RASULULLAH S.A.W
******************************************************

Allah swt telah memerintahkan seorang Malaikat berjumpa Iblis supaya dia berjumpa dengan Rasulullah saw untuk memberitahu segala rahsianya; samada yang disukai mahupun yang dibencinya. Hikmatnya ialah untuk meninggikan darjat Nabi Muhammad saw dan juga sebagai peringatan dan perisai kepada umat manusia.

Maka Malaikat itu pun berjumpa Iblis dan berkata, "Hai Iblis! Bahawa Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar menyuruh engkau menghadap ke hadrat Rasullullah saw. Hendaklah engkau buka segala rahsia engkau dan apa-apa yang disoal oleh Rasulullah hendaklah engkau jawab dengan sebenar-benarnya. Jikalau engkau berdusta walau satu perkataan pun, nescaya akan diputuskan segala suku-suku anggota badanmu, uratmu serta disiksa dengan azab yang amat keras"

Demi mendengar sahaja kata Malaikat yang dahsyat itu, Iblis sangat ketakutan. Maka segeralah dia menghadap Rasulullah saw dengan menyamar sebagai seorang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10 helai; panjangnya seperti ekor lembu. Iblis pun memberi salam, sehingga 3 kali tidak juga dijawab oleh Rasulullah saw. Maka sembah Iblis(alaihi laknat),"Ya Rasulullah! Mengapa tuan hamba tidak mejawab salam hamba? Bukankah salam itu sangat mulia di sisi Allah?"

Maka jawab Nabi dengah marah "Hai Aduwullah seteru Allah! Kepada aku engkau menunjuk baikmu? Jangan engkau cuba hendak tipu aku sebagimana engkau tipu Nabi Adam a.s sehingga keluar dari syurga Habil mati teraniaya dibunuh Qabil dengan sebab hasutan engkau, Nabi Ayub engkau tiup dengan asap racun ketika dia sedang sujud sembahyang hingga dia sengsara beberapa lama, kisah Nabi Daud dengan perempuan Urya, Nabi Sulaiman meninggalkan kerajaannya kerana engkau menyamar sebagai isterinya dan begitu juga beberapa Anbiya dan pendita yang telah menanggung sengsara akibat hasutan engkau. Hai Iblis! Sebenarnya salam itu sangat mulia di sisi Allah azza wajalla, cuma salam engkau saja aku tidak hendak menjawabnya kerana diharamkan Allah. Maka aku kenal baik-baik engkaulah Iblis, raja segala iblis, syaitan dan jin yang menyamar diri. Apa kehendak engkau datang berjumpa aku?"

Sembah Iblis,"Ya Nabi Allah! Janganlah tuan hamba marah. Kerana tuan adalah Khatamul Anbiya maka tuan dapat kenal akan hamba. Kedatangan hamba adalah disuruh Allah untuk memberitahu segala tipu daya hamba terhadap umat tuan dari zaman Nabi Adam hingga akhir zaman. Ya Nabi Allah! Setiap apa yang tuan tanya hamba sedia menerangkan satu persatu dengan sebenarnya, tiadalah hamba berani sembunyikan." Maka Iblis pun bersumpah menyebut nama Allah dan berkata "Ya Rasulullah! Sekiranya hamba berdusta barang sepatah pun nescaya hancur leburlah badan hamba menjadi abu"

Apabila mendengar sumpah Iblis itu, Nabi pun tersenyum dan berkata dalam hatinya, inilah satu peluang aku untuk menyiasat segala perbuatannya agar didengar oleh sekelian sahabat yang ada di majlis ini dan menjadi perisai kepada sekelian umatku.

Soalan Nabi (1) - "Hai Iblis! Siapakah sebesar-besar musuh engkau dan bagaimana aku terhadap engkau?" Jawab Iblis - "Ya Nabi Allah! Tuanlah musuh hamba yang paling besar di antara segala musuh hamba di muka bumi ini" Maka Nabi pun memandang muka Iblis, dan Iblis pun mengeletar kerana ketakutan. Sambung Iblis,"Ya Khatamul Anbiya! Adapun hamba dapat merupakan diri hamba seperti sekelian manusia, binatang dan lain-lain hingga rupa dan suara pun tidak salah sepertinya, kecuali diri tuan sahaja yang tidak dapat hamba tiru kerana ditegah oleh Allah. Kiranya hamba menyerupai diri tuan, maka terbakarlah diri hamba menjadi abu. Hamba cabutkan iktikad anak Adam supaya menjadi kafir kerana tuan berusaha memberi nasihat dan pengajaran supaya mereka kuat untuk memeluk agama Islam; begitu jugalah hamba berusaha menarik mereka kepada kafir, murtad atau munafik. Hamba akan tarik sekelian umat Islam dari jalan benar kepada jalan yang salah supaya masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya bersama hamba"

Soalan Nabi ke 2 - "Hai Iblis! Betapa perbuatanmu kepada makhluk Allah" Jawab Iblis - "Adalah satu kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan kedua pehanya kepada lelaki yang bukan suaminya, setengahnya hingga mengeluarkan benih yang salah sifatnya. Hamba goda segala manusia supaya meninggalkan sembahyang, leka dengan makan minum, berbuat durhaka, hamba lalaikan dengan harta benda drp emas, perak dan permata, rumahnya, tanahnya, ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan kejalan haram. Demikian juga ketika temasya yang bercampur lelaki perempuan. Di situ hamba lepaskan sebesar-besar godaan supaya hilang maruah dan minum arak. Apabila terminum arak itu maka hilanglah akal, fikiran dan malunya. Lalu hamba hulurkan tali cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar, datang perasaan hasad dengki hingga kepada pekerjaan zina. Apabila terjadi kasih antara mereka, terpaksalah mereka mencari wang hingga menjadi penipu, peminjam dan pencuri. Apabila mereka teringat akan salah mereka lalu hendak bertaubat atau amal ibadat, hamba akan galang mereka supaya mereka menangguhkannya. Bertambah keras hamba goda supaya menambahkan maksiat dan mengambil isteri orang. Bila kena goda hatinya, datanglaah rasa riak, takbur, megah, sombong dan melengahkan amalnya. Bila pada lidahnya, mereka akan gemar berdusta, mencela dan mengumpat. Demikianlah hamba goda mereka setiap saat."

Soalan Nabi ke 3 - "Hai Iblis! Mengapa engkau bersusah payah dan berpenat melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah bahkan menambahkan laknat yang besar serta siksa yang besar di neraka yang paling bawah? Hai kutuk Allah! Siapa yang menjadikan engkau? Siapa yang melanjutkan usia engkau? Siapa yang menerangkan mata engkau? Siapa yang memberi pendengaran engkau? Siapa yang memberi kekuatan anggota badan engkau?" Jawab Iblis - "Sekelian itu adalah anugerah drp Tuhan Yang Maha Besar juga. Tetapi hawa nafsu dan takbur menceburkan hamba menjadi sebesar-besar jahat. Tuan lebih tahu bahawa hamba telah beribu-ribu tahun menjadi ketua kepada sekelian Malaikat dan pangkat hamba telah dinaikkan dari satu langit ke satu langit yg tinggi. Kemudian hamba tinggal di dunia ini beribadat bersama sekelian Malaikat beberapa lama. Tiba-tiba datang firman Allah SWT hendak menjadikan seorang Khalifah di dunia ini, maka hamba pun membantah. Lalu Allah mencipta lelaki (Nabi Adam) lalu dititahkan sekelian Malaikat memberi hormat kepada lelaki itu, kecuali hamba yang ingkar. Oleh itu Allah murka kpd hamba dan muka hamba yang cantik molek dan bercahaya itu bertukar menjadi keji dan hodoh. Hamba berasa sakit hati. Kemudian Allah menjadikan Adam raja di syurga dan dikurniakan seorang permaisuri(Siti Hawa) yg memerintah sekelian bidadari. Hamba bertanbah dengki dan berdendam kepada mereka. Akhirnya dapat juga hamba tipu melalui Siti Hawa yang menyuruh Adam memakan buah Khuldi, lalu keduanya dihalau dari syurga ke dunia. Kedua mereka berpisah beberapa tahun dan kemudian dipertemukan Allah (di Padang Arafah), hingga mereka mendapat beberapa orang anak. Kemudian kami hasut anak lelakinya Qabil supaya membunuh saudaranya Habil. Itu pun hamba masih tidak puas hati dan berbagai tipu daya hamba lakukan hingga Hari Kiamat. Sebelum tuan lahir ke dunia, hamba serta bala tentera hamba dengan mudah dapat naik ke langit untuk mencuri segala rahsia serta tulisan yg menyuruh manusia berbuat ibadat serta balasan pahala dan syurga mereka. Kemudian hamba turun ke dunia, dan memberitahu manusia yang lain daripada apa yang sebenarnya hamba dapat, dgn berbagai tipu daya hingga tersesat dengan berbagai kitab bidaah dan karut-marut. Tetapi apabila tuan lahir sahaja ke dunia ini, maka hamba tidak dibenarkan oleh Allah untuk naik ke langit serta mencuri rahsia, kerana banyak Malaikat yang menjaga di setiap lapisan pintu langit. Jika hamba berkeras juga hendak naik, maka Malaikat akan melontar dengan anak panah drp api yang menyala. Sudah banyak bala tentera hamba yang terkena lontaran Malaikat itu dan semuanya terbakar menjadi abu. Maka besarlah kesusahan hamba dan tentera hamba untuk menjalankan tugas hasutan."

Soalan Nabi ke 4 - "Hai Iblis! Apakah yang pertama engkau tipu akan manusia?" Jawab Iblis - "Pertama sekali hamba palingkan iktikadnya imannya kepada kafir sama ada dari segi perbuatan, perkataan, kelakuan atau hatinya. Jika tidak berjaya juga, hamba akan tarik dengan cara mengurangkan pahala. Lama-kelamaan mereka akan terjerumus mengikut kemahuan jalan hamba"

Soalan Nabi ke 5 - "Hai Iblis! Jika umatku sembahyang kerana Allah, bagaimana hal engkau?" Jawab Iblis - "Sebesar-besar kesusahan kepada hamba. Gementarlah badan hamba dan lemah tulang sendi hamba. Maka hamba kerahkan berpuluh-puluh iblis datang menggoda seorang manusia, pada setiap anggota badannya. Setengah-setengahnya datang pada setiap anggota badannya supaya malas sembahyang, was-was, terlupa bilangan rakaatnya, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat habis solat, hilangkan khusyuknya - matanya sentiasa menjeling ke kiri kanan, telinganya sentiasa mendengar orang brcakap serta bunyi-bunyi yang lain. Setengah Iblis duduk di belakang badan orang yang sembahyang itu supaya dia tidak kuasa sujud lama-lama, penat atau duduk tahiyat dan dalam hatinya sentiasa hendak cepat habis sembahyang, itu semua membawa kpd kurang pahala. Jika para Iblis itu tidak dapat menggoda manusia itu, maka hamba sendiri akan menghukum mereka dengan seberat-berat hukuman"

Soalan Nabi ke 6 - "Jika umatku membaca Al-Quran kerana Allah, apalah rasa engkau?" Jawab Iblis - "Jika mereka membaca Al-Quran kerana Allah, maka rasa terbakarlah tubuh hamba, putus-putus segala urat hamba lalu hamba lari daripadanya."

Soalan Nabi ke 7 - "Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah, bagaimana rasa engkau?" Jawab Iblis - "Binasalah diri hamba, gugurlah daging dan tulang hamba kerana mereka telah mencukupkan rukun Islamnya"

Soalan Nabi ke 8 - "Jika umatku berpuasa kerana Allah, bagaimana hal engkau?" Jawab Iblis - "Ya Rasulullah! Inilah bencana yang paling besar bahayanya kpd hamba. Apabila masuk awal bulan Ramadhan, maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi, bahkan sekelian Malaikat menyambut dengan kesukaan. Bagi orang yang berpuasa, Allah akan mengampunkan segala dosa yang lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar serta tidak dicatatkan dosanya selama dia berpuasa. Yang menhancurkan hati hamba ialah segala isi langit dan bumi; yakni Malaikat, bulan, bintang, burung dan ikan-ikan semuanya siang malam mendoakan keampunan orang yang berpuasa. Satu lagi kemuliaan orang berpuasa ialah dimerdekakan pada setiap masa dari azab neraka. Bahkan semua pintu neraka ditutup manakala semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya, serta dihembuskan angin dari bawah Arasy yang bernama Angin Syirah yang amat lembut ke dalam syurga. Pada hari umat tuan mula berpuasa, dengan perintah Allah datanglah sekelian Malaikat dengan garangnya menangkap hamba dan tentera hamba; jin, syaitan dan ifrit lalu dipasung kaki dan tangan dengan besi panas dan dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam. Di sana pula beberapa azab yang lain telah menunggu kami.

NSetelah habis umat tuan berpuasa barulah hamba dilepaskan dengan amaran agar tidak mengganggu umat tuan. Umat tuan sendiri telah merasa ketenangan berpuasa seperti mana mereka bekerja dan bersahur seorang diri di tengah malam tanpa rasa takut berbanding bulan biasa."

Soalan Nabi ke 9 - "Hai Iblis! Bagaimana sekelian sahabatku kepada engkau?" Jawab Iblis - "Sekelian sahabat tuan hamba juga adalah sebesar- besar seteru hamba. Tiada upaya hamba melawannya dan tiada satu tipu daya yang dapat masuk kepada mereka. Kerana tuan sendiri telah berkata yang "Sekelian sahabatku adalah seperti bintang di langit, jika kamu mengikut mereka, maka kamu akan mendapat petunjuk." Saidina Abu Bakar al-Siddiq sebelum bersama tuan lagi, hamba tidak dapat hampir kepadanya inikan pula setelah berdamping dengan tuan. Beliau begitu percaya atas kebenaran tuan hingga dia menjadi wazirul a'zam. Bahkan tuan sendiri telah mengatakan jika ditimbang sekelian isi dunia ini dengan amal kebajikan Abu Bakar, maka akan lebih berat amal kebajikan Abu Bakar. Tambahan pula dia telah menjadi mertua tuan kerana tuan berkahwin dengan anaknya, Saiyidatina Aisyah yang juga banyak menghafaz Hadis tuan. Saidina Umar Al-Khattab pula tidaklah berani hamba pandang akan wajahnya kerana dia sangat keras menjalankan hukum syariat Islam dengan saksama. Jika hamba pandang wajahnya, maka gementarlah segala tulang sendi hamba kerana sangat takut. Ini kerana imannya sangat kuat apalagi tuan telah mengatakan, "JIKALAU adanya Nabi sesudah aku maka Umar boleh menggantikan aku" kerana dia adalah orang harapan tuan serta pandai membezakan antara kafir dan Islam hingga digelar 'Al-Faruq'. Saidina Usman Al-Affan lagi hamba tidak boleh hampir, kerana lidahnya sentiasa bergerak membaca Al-Quran. Dia penghulu orang sabar, penghulu orang mati syahid dan menjadi menantu tuan sebanyak dua kali. Kerana taatnya, banyak Malaikat datang melawat dan memberi hormat kpdnya kerana Malaikat itu sangat malu kepadanya hingga tuan mengatakan,"Barang siapa menulis Bismillahir rahmanir rahim pada kitab atau kertas-kertas dengan dakwat merah, nescaya mendapat pahala seperti pahala Usman mati syahid" Saidina Ali Abi Talib pun itu hamba sangat takut kerana hebatnya dan gagahnya dia di medan perang, tetapi sangat bersopan, alim orangnya. Jika iblis, syaitan dan jin memandang beliau, maka terbakarlah kedua mata mereka kerana dia sangat kuat beribadat serta beliau adalah budak pertama memeluk agama Islam dan tidak pernah menunduk kan kepalanya kepada sebarang berhala. Digelar 'Ali Karamullahu Wajhahu' - dimuliakan Allah akan wajahnya dan juga 'Harimau Allah' dan tuan sendiri berkata "Akulah negeri segala ilmu dan Ali itu pintunya". Tambahan pula dia menjadi menantu kepada tuan, lagilah hamba ngeri kepadanya.

Soalan Nabi ke 10 - "Bagaimana tipudaya engkau kpd umatku?" Jawab Iblis - "Umat tuan itu ada tiga macam. Yang pertama seperti hujan dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan iaitu ulama yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah serta meninggalkan laranganNya seperti kata Jibrail a.s "Ulama itu adalah pelita dunia dan pelita akhirat" Yang kedua umat tuan seperti tanah iaitu orang yang sabar, syukur dan redha dengan kurniaan Allah. Berbuat amal soleh, tawakal dan kebajikan. Yang ketiga umat tuan seperti Firaun; terlampau tamak dengan harta dunia serta dihilangkan amal akhirat. Maka hamba pun sukacita lalu masuk kedalam badannya, hamba putarkan hatinya ke lautan derhaka dan hamba hela ke mana sahaja mengikut kehendak hamba. Jadi dia sentiasa bimbang kpd dunia dan tidak hendak menuntut ilmu, tiada masa beramal ibadat, tidak hendak mengeluarkan zakat, miskin hendak beribadat. Lalu hamba godanya minta kaya dulu, dan apabila diizinkan Allah dia menjadi kaya, maka dilupakan beramal, tidak berzakat seperti Qarun yang tenggelam dengan istana mahligainya. Bila umat tuan terkena penyakit tidak sabar dan tamak, dia sentiasa bimbang akan hartanya dan setengahnya asyik hendak merebut dunia harta, cakap besar sesama Islam, benci dan menghina kepada yang miskin, membelanjakan hartanya untuka jalan maksiat, tempat judi dan perempuan lacur"

Soalan Nabi ke 11 - "Siapa yang serupa dengan engkau?" Jawab Iblis - "Orang yang meringankan syariat tuan hamba dan membenci orang belajar agama Islam"

Soalan Nabi ke 12 - " Siapa yang mencahayakan muka engkau?" Jawab Iblis - "Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji"

Soalan Nabi ke 13 - "Apakah rahsia engkau kepada umatku?" Jawab Iblis - Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sedari"

Soalan Nabi ke 14 - "Jika umatku bersatu dengan isterinya, bagaimana hal engkau?" Jawab Iblis - "Jika umat tuan hendak bersetubuh dengan isterinya serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya. Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang."

Soalan Nabi ke 15 - "Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau?" Jawab Iblis - "Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kpd Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya."

Soalan Nabi ke 16 - "Siapakah orang yang paling engkau lebih suka?" Jawab Iblis - "Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari(bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situ lah hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu"

Soalan Nabi ke 17 - "Hai Iblis! Siapakah saudara engkau?" Jawab Iblis - "Orang yang tidur meniarap, orang yang matanya celik di waktu subuh tetapi menyambung tidur semula. Lalu hamba ulit dia lena hingga terbit fajar. Demikian jua pada waktu zohor, asar, maghrib dan isyak, hamba beratkan hatinya untuk solat"

Soalan Nabi ke 18 - "Apakah jalan yang membinasakan diri engkau?" Jawab Iblis - "Orang yg banyak menyebut nama Allah, bersedekah dengan tidak diketahui orang, banyak bertaubat, banyak tadarus Al-Quran dan solat tengah malam"

Soalan Nabi ke 19 - "Hai Iblis! Apakah yang memecahkan mata engkau?" Jawab Iblis - "Orang yang duduk di dalam masjid serta beriktikaf di dalamnya"

Soalan Nabi ke 20 - "Apa lagi yang memecahkan mata engkau?" Jawab Iblis - "Orang yang taat kpd kedua ibubapanya, mendengar kata mereka, membantu makan-pakai mereka selama mereka hidup, kerana tuan telah bersabda,'Syurga itu di bawah tapak kaki ibu' "



Airmata Rasulullah

Airmata Rasulullah

Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan
Rasul-Nya.

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi
itu,Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah,

"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah
kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap
sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya.Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hamper selesai menunaikan tugasnya didunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang didalamnya, Rasulullah sedang
terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?"
tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah
yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut,"kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
"Pintu-pintu langit telah terbuka,para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, " kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.

"Uushiikum bi al- sholaati, wa Maa Malakat Aimaanukum, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan
di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii,
ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai
sepertinya?

Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.



Bidadari Surga Itu ...

Bidadari Surga Itu ...
Menjelang perang Uhud dimulai, ia bersama suaminya, Zaid bin Ashim dan kedua anaknya, Habib dan Abdullah keluar ke bukit Uhud. Lalu Rasulullah saw bersabda kepada mereka, "Semoga Allah memberikan berkah kepadamu semua." Setelah itu wanita bidadari perang uhud itu berkata kepada beliau, "Berdo'alah kepada Allah semoga kami dapat menemani engkau di surga kelak, ya Rasulullah!" Lalu Nabi saw berdo'a, "Ya Allah jadikanlah mereka itu teman-temanku di Surga." Maka wanita itupun berkata lantang, "Aku tidak akan mempedulikan persoalan dunia menimpa diriku."

Dialah Ummu Amarah yang dikenal dengan nama Nusaibah bin Ka'ab Al Maziniay yang menjadi bidadari surga karena perannya membela Rasulullah saat pasukan muslimin terdesak pada perang Uhud. Bersama Mush'ab bin Umair -yang kemudian menemui syahid setelah mendapatkan puluhan tusukan di tubuhnya- Nusaibah menghadang Qam'ah, orang yang dipersiapkan membunuh Rasulullah dalam perang tersebut. Nusaibah sendiri harus menderita dengan dua belas tusukan dan salah satunya mengenai lehernya.

Kata-kata Nusaibah "Aku tidak akan mempedulikan persoalan dunia menimpa diriku" setelah ia mendapati Rasulullah mendoa'kan dirinya dan keluarganya menjadi teman-teman Rasul di surga, terdengar begitu tegar dengan kesan yang amat mendalam. Mungkin karena ketidakpeduliannya terhadap urusan dunia dengan segala apa yang bakal menimpanya itulah yang kemudian menjadikannya salah seorang bidadari di surga.

Kini, 15 abad setelah Nusaibah tiada, masihkah ada diantara kita yang berani dengan lantang dan mantap mengucapkan kata-kata seperti yang diucapkan Nusaibah. Masihkah ada diantara kita yang tidak mempedulikan persoalan dunia dan apapun yang dikehendaki Allah selama kita di dunia menimpa diri ini. Mungkin ada, tapi entah dimana dan siapa.

Kalaupun ada, yang jelas dia adalah Nusaibah-Nusaibah abad modern. Kalaupun ada juga, ia tentu tidak akan bersaksi bahwa dialah orangnya, karena seperti Nusaibah bin Ka'ab, ia tidak pernah bersaksi bahwa ia adalah pembela Rasulullah dan agama Allah, melainkan Rasulullah lah yang memberikan kesaksian, "Tidaklah aku menoleh ke kanan dan ke kiri pada peperangan Uhud melainkan aku melihat Nusaibah (Ummu Amarah) berperang membelaku." (Al Ishabah).

Dimana Nusaibah kini, yang siap menyerahkan seluruh hidupnya untuk membela Allah dan Rasul-Nya, yang menjadikan seluruh anggota keluarga adalah mujahid pejuang Allah, yang lebih mengutamakan indahnya surga Allah daripada kenikmatan-kenikmatan dunia yang sesaat dan serba semu, yang tidak pernah khawatir dan merasa takut tidak mendapatkan kesenangan di dunia, karena dimatanya, kesenangan menjadi teman Rasulullah di Surga menjadi keutamaannya.

Dimana Nusaibah kini, yang Allah dengan segala janjinya lebih ia yakini dari segala kepentingan dan urusan dunianya, yang menikah dengan suami yang juga siap menyerahkan hidupnya untuk Allah semata, yang siap menjadikan anak-anaknya tameng Rasulullah di setiap medan perang.

Bisa jadi, bila ada Nusaibah kini, ia akan siap kehilangan segala kenikmatan dunianya, ia rela menjual kesenangan dunianya untuk harga yang lebih mahal, yakni surga Allah. Ia tak pernah bersedih, murung ataupun marah akan setiap ketentuan Allah atas dirinya, ia percaya bahwa Allah akan bersikap adil dengan segala kehendaknya atas setiap manusia, ia begitu yakin, jika tidak ia dapatkan kenikmatan dunia dengan segala perhiasannya, pasti ia akan mendapatkan yang jauh lebih indah kelak sebagai balasan dari amal dan kesabarannya menerima semua ketentuan-Nya. Tapi, dimanakah Nusaibah kini? Wallahu a'lam bishshowaab (Bayu Gautama)



DI ANTARA MASJIQ QUBA’ DENGAN MASJID al-AQSA











SJ – 2618 : DI ANTARA MASJIQ QUBA’ DENGAN MASJID al-AQSA



Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara Petapa yang menaruh kepercayaan kepada kami untuk memberikan jawapannya .

Kalau benarlah buku yang digunakan oleh murid-murid tahun 6 ini mengatakan bahawa Masjid Quba’ merupakan masjid yang pertama di dunia maka ini adalah SATU KENYATAAN YANG SILAP .

Kerana masjid yang pertama sekali dibina di atas muka bumi ini adalah MASJIDIL HARAM di Makkah al-Mukarramah yang di dalamnya terdapatnya al-Kaabah al-Musyarrafah sebagai qiblat umat Islam ketika melakukan sembahyang . Dan sebahagian ulama’ menyatakan bahawa Masjidil Haram ini telah dibina oleh Baginda Nabi Ibrahim a.s bersama-sama puteranya , Baginda Nabi Ismail a.s . Manakala sebahagian ulama’ lagi menyatakan bahawa Masjidil Haram ini sebenarnya telah didirikan oleh Baginda Nabi Adam a.s sendiri apabila beliau membina Kaabah , dan proses penyempurnaan dan pembaikannya dilakukan pula oleh Baginda Nabi Ibrahim a.s bersama-sama puteranya ; Nabi Ismail a.s .

Selepas Baginda Nabi Ibrahim a.s mendirikan Masjidil Haram di Makkah al-Mukarramah , Baginda a.s pun mendirikan pula Masjid al-Aqsa di Palestin dan Masjid al-Aqsa ini juga mengalami proses penyempurnaan dan pembaikan melalui beberapa zaman .

Dan jika dikatakan Masjid Quba’ merupakan MASJID YANG PERTAMA SEKALI DIDIRIKAN DI al-MADINAH al-MUNAWWARAH maka KENYATAAN INI ADALAH TEPAT . Ini disebabkan apabila Baginda Rasulullah s.a.w sampai ke al-Madinah al-Munawwarah ( Hijrah ) perkara yang pertama sekali dilakukan oleh Baginda s.a.w ialah mendirikan sebuah masjid di sebuah kampung yang bernama QUBA’ .

Kamus Islam Harf memberikan definasi berkenaan Masjid Quba’ ini sebagai

‏مسجد قباء (السعودية) : أول مسجد في الإسلام بناه الرسول (صلى الله عليه وسلم) سنة 1هـ - 622م بمدينة قباء على مشارفالمدينة المنورة. ذكر في القرآن الكريم أنه المسجد الذي أسس على التقوى. وتم تجديده عدة مرات وكان الخليفة عمر بن عبدالعزيز أول من وضع له مئذنة. وتولى تجديده في العصر الحديث أسرة آل سعود
Masjid pertama dalam Islam yang dibina oleh Rasulullah s.a.w pada tahun 1 Hijrah - 622 Masehi di Quba' sekitar 5 km di tenggara Kota Madinah. Dalam al-Quran telah disebut bahawa masjid inilah yang dibina atas dasar takwa. Pembaikiannya telah dibuat beberapa kali. Umar bin Abdul Aziz merupakan orang yang pertama membina menara masjid ini. Kini projek pembaharuan masjid ini diselenggarakan oleh keluarga Ali Saud.
Masjid Quba’ inilah yang dinyatakan oleh Allah Ta’ala sebagai MASJID at-TAQWA dan masjid inilah yang hendak dicabar oleh kaum munafiqin apabila mereka mendirikan Masjid adh-Dhirar . Firman Allah Ta’ala yang menyatakan kelebihan dan kemuliaan Masjid Quba’ dan usaha jahat kaum munafiqin itu :

لاَ تَقُمْ فِيهِ أَبَدًا لَّمَسْجِدٌ أُسِّسَ عَلَى التَّقْوَى مِنْ أَوَّلِ يَوْمٍ أَحَقُّ أَن تَقُومَ فِيهِ فِيهِ رِجَالٌ يُحِبُّونَ أَن يَتَطَهَّرُواْ وَاللّهُ يُحِبُّ الْمُطَّهِّرِينَ

Huraian Ringkas Ayat : " Janganlah engkau, Wahai Muhammad, melakukan salat di masjid itu selamanya. Sesungguhnya masjid yang didirikan untuk mencari keridaan Allah sejak pertama kalinya, seperti masjid Qubâ', adalah masjid yang layak dijadikan tempat untuk melakukan syiar-syiar keagamaan. Di dalam masjid itu terdapat orang-orang yang suka menyucikan jiwa dan raga mereka dengan melaksanakan ibadah yang benar. Allah mencintai dan memberi pahala kepada orang-orang yang mendekatkan diri dengan menyucikan jiwa dan raga “ ~ Surah at-Taubah , ayat 108 .

أَفَمَنْ أَسَّسَ بُنْيَانَهُ عَلَى تَقْوَى مِنَ اللّهِ وَرِضْوَانٍ خَيْرٌ أَم مَّنْ أَسَّسَ بُنْيَانَهُ عَلَىَ شَفَا جُرُفٍ هَارٍ فَانْهَارَ بِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ وَاللّهُ لاَ يَهْدِيالْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

Huraian Ringkas Ayat : " Akidah dan perbuatan orang-orang yang berdiri di atas landasan keikhlasan dan ketakwaan kepada Allah demi mencari keridaan-Nya, tidaklah sama dengan orang yang mendirikannya atas dasar kemunafikan dan kekufuran. Karena, sesungguhnya, pekerjaan orang yang bertakwa adalah lurus dan kuat di atas dasar yang kokoh, sedangkan pekerjaan orang- orang munafik bagaikan bangunan di tepi jurang yang hampir runtuh. Ia lemah dan akan roboh bersama pemiliknya ke dalam neraka jahanam. Allah tidak akan memberi petunjuk ke jalan yang benar kepada orang- orang yang bersikeras menzalimi dirinya sendiri dengan kekufuran. “ ~ Surah at-Taubah , ayat 109 .

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad
RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN
1 ~ KAMUS ISLAM HARF
http://www.harf.com/mal/
2 – al-MU’UJAM al-ISLAMI
Oleh : al-‘Allamah Syeikh Ashraf Toha Abu ad-Dahb
Halaman : 82 & 461
Terbitan : Darul Shurook , Cairo ( 2002 )
3 – TAFSIR al-MUNTAKHAB
{ Tafsir al-Quranul Karim Di Dalam 6 Bahasa Utama Dunia }
Terbitan : Kementerian Waqaf , Rep. Arab . Mesir
4 – FIQH as-SIRAH an-NABAWIYAH
Oleh : al-‘Allamah Prof . Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Bouty rh
( Ketua Jabatan ‘Aqidah & Perbandingan Agama , Universiti Damsyiq , Syiria )
Halaman : 135 hingga seterusnya
Terbitan : Darus Salam , Kaherah ( 1997 )
{ Buku ini telah diterbitkan di dalam B. Melayu oleh Dewan Pustaka Fajar ( DPF ) Shah Alam }



PESAN ROH KEPADA MANUSIA

Untuk Renungan Bersama...

PESAN ROH KEPADA MANUSIA
Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia.
Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata :
"Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".
Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu :
"Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :
"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh".
Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi janda. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian
menyakiti mereka.
Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya". Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada
jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku".
"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku".
"Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku". Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah.
Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama.
Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".
Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka.
Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.



Tips Harian Dari Datuk Dr Hj Md Fadzilah Kamsah

Label: , ,

Oleh Datuk Dr Hj Md Fadzilah Kamsah

Tatacara makan & minum:-
Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa ~ Insya'Allah, Allah lipat gandakan rezeki.

Sebelum tidur:-
Berdoa, depends on apa yg kita hendak sepanjang tidur, otak akan generatekan all of our wish & Insya'Allah, kita akan work towards it (ada semangat) di keesokan harinya.

Makan buah sebelum breakfast, lunch & dinner ~ ikut Sunnah & dapat pahala & also boleh rujuk kepada pakar pemakanan, vitamin C dari buah2an yg dimakan selepas breakfast, lunch & dinner yang akan diperolehi adalah approaching 0%.

Jangan minum air semasa sedang makan (breakfast, lunch & dinner). Minum air selepas 15-30 minit selesai makan. Untuk minum, bagi teguk yang pertama sahaja, biarkan air dalam mulut about 10saat then baru telan. Teguk kedua dan seterusnya boleh minum terus sebab air liur ada enzyme yg boleh membunuh kuman dalam pankreas, perut, & so on yg akan dibawa oleh air tegukan pertama.

Seelok2nya makan malam sebelum maghrib ~ ikut sunnah (Rasullullah makan sebelum maghrib kecuali bulan Ramadhan saja ie masa maghrib), sebab, bagi yang tengah study (or anak2), otak akan berfungsi excellently (senang absorb ilmu) around 2 jam selepas
makan so, if makan at 8:30pm, around 10:30pm baru start study and most probably hanya boleh bertahan hingga jam 12 tgh malam saja, jadi, tak banyak yang boleh dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30 (org Cina take dinner around this hour). Juga, kita tak tidur dalam kekenyangan (yg mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam)

Tatacara di bilik air
Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit) ~ boleh elak daripada dapat batu karang Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri ~ ikut sunnah sebab bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder and senang buang air besar

Tatacara didik anak
Antara tips untuk dapat anak bijak/genius, ajar anak (atau baby) tidur mengiring ke kanan sebab jantung (yg terletak sebelah kiri) akan lebih "lapang"/"lega" dan mudah berdegup (perjalanan darah okay) dan otak anak akan develop excellently. Bagi anak2 yg dah azalinya
active or hyper-active, kurang (atau jangan) pakaikan baju warna orange ~ sebab warna ini boleh merangsang secara aktifnya tindak tanduk anak (ie. akan lebih nakal), sentiasa bersemangat waja & exuberant.

Tatacara didik diri sendiri:-
Amalkan apa2 yg baik (juga amalan2 baru) selama 21+ plus hari berturut2 ~ Rasullullah (saw) bersabda, sesuatu amalan yg diamalkan sekitar 21-30 hari, continuously, akan menjadi tabiat and kalau tak, ilmu itu akan mati. Buang segala rasa hasad dengki, dendam & lain2 yg -ve ~emosi2 ini akan membenarkan otak release excessive adrenaline, cortisone & toxine yg mana boleh membawa kepada beberapa penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua (tua sebelum waktunya),
selalu sakit perut & dll

Ada 3 kategori manusia :-
BERJAYA : Hari ini lebih baik daripada semalam
TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam
CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam

"Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita"



Cinta Puteri akan Tuhannya

Label:

Petikan Dari Untaian Kisah Para Wali Allah

Diceritakan dari Syeikh Ibrahim Al-Khowwas rahimahullah, bahwasanya dia berkata;

Pada suatu ketika, rasa hatiku tergetar untuk pergi ke kota Rom, seolah-olah ada
orang yang memanggil-manggil namaku supaya aku barangkat segera ke sana.
Kemudian aku terfikir, buat apa aku ke sana. Rom itu ialah tempat kediaman
orang-orang Nasrani yang sangat membenci orang-orang Islam. Namun begitu
hati tetap tertarik ke situ seperti ada besi berani yang menariknya, maka aku
bersiap-siap akan berangkat menuju ke kota Rom itu.

Setelah berjalan beberapa hari, tibalah aku di kota Rom itu. Aku lihat
bangunan-bangunanya tinggi-tinggi dan teratur. Aku pun melalui rumah-rumah
orang Nasrani itu, dan memerhatikan kawasan-kawasan mereka.
Dan syukurlah pertolongan Allah sentiasa menyertai diriku, dan InayahNya
selalu menggiringiku. Tidak ada satu kesusahan pun yang menghalangi
perjalananku itu. Setiap kali aku bertemu dengan orang-orang Nasrani itu,
mereka memalingkan pandangannya daripadaku dan terus menjauhi diri,
hingga akhirnya sampailah aku di muka sebuah gedung yang besar lagi indah pula.

Aku berhenti dan memerhatikan gedung itu, dan kelihatan di situ ada beberapa
orang berkumpul, masing-masing lengkap dengan senjatanya, dan di tangan
mereka pula ada alat-alat penahan diri dari seranggan orang. Apabila mereka
melihatku datang, mereka lalu mendekatiku seraya bertanya;

"Apakah engkau ini seorang tabib?"
"Benar saya adalah seorang tabib," aku menjawab sambil tersenyum.
"Kalau begitu bawa dia mengadap paduka raja?" jelas yang lain.
"Buat apa pula saya dibawa mengadap raja?" tanyaku hairan.
"Raja perlu kepada tabib seperti engkau ini!" kata mereka.

Aku pun dibawa mereka untuk mengadap paduka raja. Aku masih bingung
mengapa Raja Rom mahu menggundang semua tabib-tabib datang ke istananya.
Ini tentu ada perkara yang penting. Apabila aku sampai di balai mengadap,
aku ditahan oleh pengawalnya.

"Siapa orang ini?" tanya pengawal kepada orang yang membawaku itu.
"Dia seorang tabib," ' jawab orang itu.
"Sudahkah dia tahu syarat dia dibenarkan masuk ke sini." tanya pengawal itu lagi.
"Belum," jawab orang tadi.

Pengawal itu lalu memberitahuku, bahwasanya Raja mempunyai seorang puteri
yang tergangu fikirannya. Sudah banyak tabib yang dibawa ke sini untuk
mengubatinya, namun kesemuanya tidak berjaya, maka mereka semua telah
dihukum mati. Kemudian pengawal itu bertanya kepadaku pula:

"Sekarang engkau sudah tahu syarat raja itu, apakah engkau sanggup
menggubati puteri itu?"

Penggawal itu meminta penjelasan daripadaku supaya aku tidak terkeliru.

"Laa Haula Walaa Quwwata Illah Billah," ucapku di dalam hati.

Kemudian aku mengatakan kepada pengawal itu.

"Apa boleh buat sekarang. Kamu orang sekalian telah membawaku ke mari,
maka biarlah aku melihat puteri itu, mana tahu aku dapat mengubatinya."
"Mari ikut aku masuk!' perintah penggawal itu. Aku pun mengikutinya
sedang jantungku berdebar debar. Apa hal, jika aku tidak dapat mengubati
puteri itu? Kataku di dalam hati. Tidak beberapa lama, sampailah aku ke
istana khusus untuk puteri itu. Aku pun mendengar ada suatu suara yang
memanggil-manggil, suara wanita, barangkali suara puteri raja itu.

"Bawa ke mari segera tuan tabib itu" Antaraku dengan dia ada suatu rahsia
yang luar biasa," kata puteri itu.

Pengawal yang membawaku ke dalam istana itu memerhatikan wajahku,
dan aku juga memerhatikan wajahnya, masing-masing bertanya dengan
isyarat pandangan apakah rahsia itu?
Ketika aku tiba di pintu bilik puteri itu, tiba-tiba pintunya dibuka oleh
seorang tua yang usianya sudah lanjut.

Orang itu berkata: "Silakan masuk!"

Aku pun memasuki bilik puteri itu, dan aku mendapatinya terisi dengan
berbagai-bagai perhiasan yang indah-indah, permaidaninya sungguh halus
dan berwarna-warni, kain-kain tabirnya jarang-jarang menampakkan
lembaga siapa yang di dalamnya. Dan dari bilik tabir itu terdengar suara
keluhan yang terputus-putus dari jisim manusia yang kurus kering dan
lagi lemah, ternyata dia sedang menaggung penderitaan batin

Ketika aku melihat manusia itu, aku ragu-ragu sama ada aku harus
memberi salam kepadanya, atau tidak, kerana aku masih ingat pesanan
Nabi s.a.w. supaya jangan memberi salam kepada orang-orang Yahudi
atau Nasrani, maka lantaran itu akan menahan salamku. Aku terus
pergi ke tempat duduk yang ditunjuk oleh pengawal itu, lalu aku pun duduk.

"Di mana salammu, hai Ibrahim?!" puteri itu bertanya lagi.

"Assalamu alaiki," kataku kepadanya.

"Hai Ibrahim! Aku sudah memohon Allah supaya mengutus kepadaku
salah seorang daripada WaliNya agar dalam tangannya aku akan terselamat,"
ujar puteri itu.

Aku masih berdiam diri mendengar kata-katanya dengan penuh hairan.
Kata-kata serupa ini sepatutnya diucapkan oleh orang Islam. Kemudian
dia menyambung lagi;

"Sudah lama aku menunggu, baru semalam aku dengar satu seruan
mengatakan bahawa Ibrahim Al-Khowwas akan hadir," jelas puteri itu lagi.

"Bilakah terlintas dalam hatimu perkara ini?" tanyaku kepadanya secara isyarat.
Kini aku sudah tahu bahwa puteri ini telah berada di dalam benteng Islam.

"Sejak empat tahun yang lalu," jawabnya. "Apabila cahaya kebenaran itu
mendampinginya hati seorang hamba menjadilah ia sebagai pembimbingnya,
penimbul kemesraannya dan perindu dendamnya"

"Betul katamu itu. Perasaan serupa ini bukan semua orang dapat merasakanya,"
kataku kepadanya. Mukanya bercerah mendengar komentarku itu.

"Tapi mengapa mereka sekalian menuduhku orang gila?" puteri itu terus
menangis mengadukan halnya kepadaku.

"Orang tak tahu senang menuduh," aku menenanggkan perasaannya.

"Bukan satu tabib yang dibawa kepadaku, bahkan semuanya melemparkan
kepadaku tuduhan yang sama,"

Puteri raja itu mengadukan halnya kepadaku. Dia kini kelihatan lebih tenang
apabila sudah berbicara kepadaku. Suaranya pun sudah mula nyaring.

"Macam mana engkau sampai kepada petunjuk ini?" tanyaku kepadanya.

"Bukti-bukti Tuhan yang jelas. Bukankah bila tersingkap bukti kekuasaanNya,
terbuka jalan kepadaNya?!"

"Benar! itu memang benar!" aku berkata kepadanya sambil tersenyum.

Aku berkata di dalam hatiku, puteri ini bukan saja mudah mendapat petunjuk,
malah telah sampai ke peringkat cinta yang tinggi pula. Sedang aku asyik
bercakap-cakap dengan puteri itu dalam beberapa hal yang lain, maka datanglah
orang tua tadi lalu bertanya kepada puteri itu:

"Bagaimana keadaan tuan puteri kini?!"

"Baik," jawabnya dengan sederhana dan tenteram.

"Dapat tabib ini mengubatimu?"

"Aku senang dengan tabib ini. Dia tahu penyakitku ini dan kini dia sedang
memberiku penawarnya", jawab puteri itu.

"Benar, tuanku?" tanya orang tua itu lagi dengan perasaan gembira.

"Benar!" jawab puteri itu.

Orang tua itu segera berlari mendapatkan Raja dan memberitahunya apa yang
dikatakan oleh puterinya tadi. Raja merasa gembira dan datang menemuiku
serta mengalu-alukanku. Aku diberikan sebuah rumah dekat istana itu, dan
setiap hari aku datang menemui puteri itu sambil berbicara berbagai-bagai
lapangan hingga cukup tujuh hari lamanya. Kemudian puteri itu membisikkan
sesuatu, katanya:

"Aku sudah bosan duduk di sini. Aku mahu lari dari sini," ujar puteri itu
dengan menampakkan wajah yang kurang senang.

"Ke mana?" tanyaku kepadanya.

"Ke negeri Islam.

'Bagaimana? Bukankah istana ini dikelilingi oleh pengawal-pengawal dengan
rapi, dan askar-askarnya pun penuh menunggu di luar. Kau hendak lari bagaimana?"
aku merasa risau mendengar usul puteri itu.

"Apa yang kau hendak susahkan. Yang Memasukkan kau ke dalam istana ini akan
mengeluarkanku dan kau daripadanya," jawab puteri itu.

Aku terpukau mendengar bicara puteri ini, dan kagum dari hal kuat Tawakkalnya.
Memang aku tidak dapat menolak usulnya.

"Memang benar katamu itu, kerana Allah berkuasa atas setiap sesuatu, dan siapa
yang bertawakkal kepada Allah niscaya Dia akan menolongnya," aku memberikan
sokongan kepada usul puteri itu.

Kami pun mengatur rencana untuk melarikan diri dari istana itu. Kami berdoa
mudah-mudahan Allah akan menyelamatkan kami. Pada hari esoknya, kami keluar
menerusi pintu belakang istana itu yang menuju ke sebuah taman. Bilangan pengawal
yang berada di siru tidak begitu banyak. Mereka melihat kami seperti tidak melihat.
Tidak sepatah kata pun mereka menanyai kami atau menghalangi kami. Semua itu
ialah dengan berkat kuat keazaman puteri itu untuk meninggalkan negeri ayahnya
yang sesat dan pergi ke negeri Islam.

Kami berjalan bersama-sama menuju ke Makkah, kerana puteri itu sangat ingin
untuk melihat Baitullah. Tiba di Mekah, aku lihat dia terus berpuasa pada siang hari,
dan bangun beribadat pada malamnya, hatinya senang sekali ketika berada di samping
Ka'bah itu. Dia tinggal di situ selama tujuh hari tujuh malam saja, lalu dia menemui
ajalnya, sedang dia dalam sebaik-baik amal, dan berada di sebaik-baik tempat.
Di sanalah dia dikuburkan sebagai seorang wanita Wali Allah yang termulia.

Moga-moga Allah merahmati ruhnya dan menempatkannya di Syurga yang tinggi.
Amin!



Semoga Allah Memimpin Kami Ke Arah Jalan Yang Lurus, Jalan Yang Tidak
Dimurkai, Jalan Yang Tidak Disesati



7C Pada Perempuan & 8G Pada Lelaki

Label:

Datuk Dr Fadzilah Kamsah telah merumuskan:
7 'C' yang boleh menyebabkan lelaki hilang minat atau benci kepada seseorang wanita.
1. Comot
Terdapat wanita yang cantik tetapi comot. Comot yang dimaksudkan ini boleh melibatkan wajah seseorang wanita itu, penampilannya yang selekeh, kerja yang dilakukannya serta tindak-tanduknya.
2. Cerewet
Kata ulama hati wanita terletak di mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya.
3. Cemburu
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yang terlampau cemburu sehingga pasangannya merasa terkongkong akan membawapadah kepada perhubungan mereka. Ini memandangkan lelaki akan merasakan dirimereka tidak dipercayai.
4. Cuai
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam tiga tetapi pada masa yang ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, ini akan membuat mereka benci kerana situasi itu.
5. Celupar
Menurut Dr. Fadzilah, wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar.
6. Cabul
Cabul di sini membawa maksud keji dan segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak ada malu. Misalnya bergaul bebas dengan lelaki-lelaki yang bukan muhrimnya tanpa menghirau batas pergaulan itu.
7. Cabar
Lelaki mempunyai ego mereka yang tersendiri. Oleh itu mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Misalnya mencabar dengan kata-kata seperti, saya cabar awak........
8G pada lelaki yang dibenci oleh wanita
1. Garang
Garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh.. macam ler dia betul semua, atau seumpamanya.
2. Ganas
Kaki pukul, dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebab perempuan bukan lawannya.
3. Gementar
Takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain dan seumpamanya.
4. Gabra
Tak boleh/pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan aje, dan sebagainya.
5. Gentleman tiada Langsung
Tak gentle, pentingkan diri sendiri, ambil kesempatan dan sebagainya.
6. Gerumal
Bahasa kedah-bohong atau tipu.
7. Ganggo Keterlaluan
Lembut sangat, pemalu sangat, pendiam sangat, macho sangat dan seumpamanya.
8. Gatal
Miang keladi dengan perempuan lain selain dengan isteri sendiri.



Petua Awet Muda ( Dr Ustz Ismail Kamus )

Petua Awet Muda ( Dr Ustz Ismail Kamus )

1. Melambatkan minum air setelah makan..... - minum
sedikit (lebih kurang
seteguk sahaja). - minum setelah setengah jam
selepas makan.

2. Rajin-rajin baca Al-quran..... - niat ikhlas
kerana Allah .....bukan
kerana nak muda semata-mata.

3. Menanam kuku / rambut yang dipotong atau gugur.

4. Rajin-rajin bangun sembahyang tahajjud ditengah
malam..... - sesungguhnya
sekuat-kuat iman itu umpama seorang yang
menyempurnakan wudhunya di waktu
musim sejuk.

5. Sentiasa tenang dan tak marah-marah..... - kerana
setiap ahli syurga itu
lembut, mudah dan mesra, manakala setiap ahli neraka
itu keras dan yang
kasar kepada keluarganya..... mulakannya dengan
'nawaitu'..... amalkan
sekerap termampu..... Insya Allah mujarab. ---------

Sudahkah anda menunaikan SOLAT ? Dari Abdullah bin
'Amr r.a., Rasulullah
s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu
ayat..."



Airmata Rasulullah

Airmata Rasulullah

Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan
Rasul-Nya.

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi
itu,Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah,

"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah
kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap
sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya.Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hamper selesai menunaikan tugasnya didunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang didalamnya, Rasulullah sedang
terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?"
tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah
yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut,"kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
"Pintu-pintu langit telah terbuka,para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, " kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.

"Uushiikum bi al- sholaati, wa Maa Malakat Aimaanukum, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan
di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii,
ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai
sepertinya?

Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.