Innovative PPC platform.

Cinta Puteri akan Tuhannya

Label:

Petikan Dari Untaian Kisah Para Wali Allah

Diceritakan dari Syeikh Ibrahim Al-Khowwas rahimahullah, bahwasanya dia berkata;

Pada suatu ketika, rasa hatiku tergetar untuk pergi ke kota Rom, seolah-olah ada
orang yang memanggil-manggil namaku supaya aku barangkat segera ke sana.
Kemudian aku terfikir, buat apa aku ke sana. Rom itu ialah tempat kediaman
orang-orang Nasrani yang sangat membenci orang-orang Islam. Namun begitu
hati tetap tertarik ke situ seperti ada besi berani yang menariknya, maka aku
bersiap-siap akan berangkat menuju ke kota Rom itu.

Setelah berjalan beberapa hari, tibalah aku di kota Rom itu. Aku lihat
bangunan-bangunanya tinggi-tinggi dan teratur. Aku pun melalui rumah-rumah
orang Nasrani itu, dan memerhatikan kawasan-kawasan mereka.
Dan syukurlah pertolongan Allah sentiasa menyertai diriku, dan InayahNya
selalu menggiringiku. Tidak ada satu kesusahan pun yang menghalangi
perjalananku itu. Setiap kali aku bertemu dengan orang-orang Nasrani itu,
mereka memalingkan pandangannya daripadaku dan terus menjauhi diri,
hingga akhirnya sampailah aku di muka sebuah gedung yang besar lagi indah pula.

Aku berhenti dan memerhatikan gedung itu, dan kelihatan di situ ada beberapa
orang berkumpul, masing-masing lengkap dengan senjatanya, dan di tangan
mereka pula ada alat-alat penahan diri dari seranggan orang. Apabila mereka
melihatku datang, mereka lalu mendekatiku seraya bertanya;

"Apakah engkau ini seorang tabib?"
"Benar saya adalah seorang tabib," aku menjawab sambil tersenyum.
"Kalau begitu bawa dia mengadap paduka raja?" jelas yang lain.
"Buat apa pula saya dibawa mengadap raja?" tanyaku hairan.
"Raja perlu kepada tabib seperti engkau ini!" kata mereka.

Aku pun dibawa mereka untuk mengadap paduka raja. Aku masih bingung
mengapa Raja Rom mahu menggundang semua tabib-tabib datang ke istananya.
Ini tentu ada perkara yang penting. Apabila aku sampai di balai mengadap,
aku ditahan oleh pengawalnya.

"Siapa orang ini?" tanya pengawal kepada orang yang membawaku itu.
"Dia seorang tabib," ' jawab orang itu.
"Sudahkah dia tahu syarat dia dibenarkan masuk ke sini." tanya pengawal itu lagi.
"Belum," jawab orang tadi.

Pengawal itu lalu memberitahuku, bahwasanya Raja mempunyai seorang puteri
yang tergangu fikirannya. Sudah banyak tabib yang dibawa ke sini untuk
mengubatinya, namun kesemuanya tidak berjaya, maka mereka semua telah
dihukum mati. Kemudian pengawal itu bertanya kepadaku pula:

"Sekarang engkau sudah tahu syarat raja itu, apakah engkau sanggup
menggubati puteri itu?"

Penggawal itu meminta penjelasan daripadaku supaya aku tidak terkeliru.

"Laa Haula Walaa Quwwata Illah Billah," ucapku di dalam hati.

Kemudian aku mengatakan kepada pengawal itu.

"Apa boleh buat sekarang. Kamu orang sekalian telah membawaku ke mari,
maka biarlah aku melihat puteri itu, mana tahu aku dapat mengubatinya."
"Mari ikut aku masuk!' perintah penggawal itu. Aku pun mengikutinya
sedang jantungku berdebar debar. Apa hal, jika aku tidak dapat mengubati
puteri itu? Kataku di dalam hati. Tidak beberapa lama, sampailah aku ke
istana khusus untuk puteri itu. Aku pun mendengar ada suatu suara yang
memanggil-manggil, suara wanita, barangkali suara puteri raja itu.

"Bawa ke mari segera tuan tabib itu" Antaraku dengan dia ada suatu rahsia
yang luar biasa," kata puteri itu.

Pengawal yang membawaku ke dalam istana itu memerhatikan wajahku,
dan aku juga memerhatikan wajahnya, masing-masing bertanya dengan
isyarat pandangan apakah rahsia itu?
Ketika aku tiba di pintu bilik puteri itu, tiba-tiba pintunya dibuka oleh
seorang tua yang usianya sudah lanjut.

Orang itu berkata: "Silakan masuk!"

Aku pun memasuki bilik puteri itu, dan aku mendapatinya terisi dengan
berbagai-bagai perhiasan yang indah-indah, permaidaninya sungguh halus
dan berwarna-warni, kain-kain tabirnya jarang-jarang menampakkan
lembaga siapa yang di dalamnya. Dan dari bilik tabir itu terdengar suara
keluhan yang terputus-putus dari jisim manusia yang kurus kering dan
lagi lemah, ternyata dia sedang menaggung penderitaan batin

Ketika aku melihat manusia itu, aku ragu-ragu sama ada aku harus
memberi salam kepadanya, atau tidak, kerana aku masih ingat pesanan
Nabi s.a.w. supaya jangan memberi salam kepada orang-orang Yahudi
atau Nasrani, maka lantaran itu akan menahan salamku. Aku terus
pergi ke tempat duduk yang ditunjuk oleh pengawal itu, lalu aku pun duduk.

"Di mana salammu, hai Ibrahim?!" puteri itu bertanya lagi.

"Assalamu alaiki," kataku kepadanya.

"Hai Ibrahim! Aku sudah memohon Allah supaya mengutus kepadaku
salah seorang daripada WaliNya agar dalam tangannya aku akan terselamat,"
ujar puteri itu.

Aku masih berdiam diri mendengar kata-katanya dengan penuh hairan.
Kata-kata serupa ini sepatutnya diucapkan oleh orang Islam. Kemudian
dia menyambung lagi;

"Sudah lama aku menunggu, baru semalam aku dengar satu seruan
mengatakan bahawa Ibrahim Al-Khowwas akan hadir," jelas puteri itu lagi.

"Bilakah terlintas dalam hatimu perkara ini?" tanyaku kepadanya secara isyarat.
Kini aku sudah tahu bahwa puteri ini telah berada di dalam benteng Islam.

"Sejak empat tahun yang lalu," jawabnya. "Apabila cahaya kebenaran itu
mendampinginya hati seorang hamba menjadilah ia sebagai pembimbingnya,
penimbul kemesraannya dan perindu dendamnya"

"Betul katamu itu. Perasaan serupa ini bukan semua orang dapat merasakanya,"
kataku kepadanya. Mukanya bercerah mendengar komentarku itu.

"Tapi mengapa mereka sekalian menuduhku orang gila?" puteri itu terus
menangis mengadukan halnya kepadaku.

"Orang tak tahu senang menuduh," aku menenanggkan perasaannya.

"Bukan satu tabib yang dibawa kepadaku, bahkan semuanya melemparkan
kepadaku tuduhan yang sama,"

Puteri raja itu mengadukan halnya kepadaku. Dia kini kelihatan lebih tenang
apabila sudah berbicara kepadaku. Suaranya pun sudah mula nyaring.

"Macam mana engkau sampai kepada petunjuk ini?" tanyaku kepadanya.

"Bukti-bukti Tuhan yang jelas. Bukankah bila tersingkap bukti kekuasaanNya,
terbuka jalan kepadaNya?!"

"Benar! itu memang benar!" aku berkata kepadanya sambil tersenyum.

Aku berkata di dalam hatiku, puteri ini bukan saja mudah mendapat petunjuk,
malah telah sampai ke peringkat cinta yang tinggi pula. Sedang aku asyik
bercakap-cakap dengan puteri itu dalam beberapa hal yang lain, maka datanglah
orang tua tadi lalu bertanya kepada puteri itu:

"Bagaimana keadaan tuan puteri kini?!"

"Baik," jawabnya dengan sederhana dan tenteram.

"Dapat tabib ini mengubatimu?"

"Aku senang dengan tabib ini. Dia tahu penyakitku ini dan kini dia sedang
memberiku penawarnya", jawab puteri itu.

"Benar, tuanku?" tanya orang tua itu lagi dengan perasaan gembira.

"Benar!" jawab puteri itu.

Orang tua itu segera berlari mendapatkan Raja dan memberitahunya apa yang
dikatakan oleh puterinya tadi. Raja merasa gembira dan datang menemuiku
serta mengalu-alukanku. Aku diberikan sebuah rumah dekat istana itu, dan
setiap hari aku datang menemui puteri itu sambil berbicara berbagai-bagai
lapangan hingga cukup tujuh hari lamanya. Kemudian puteri itu membisikkan
sesuatu, katanya:

"Aku sudah bosan duduk di sini. Aku mahu lari dari sini," ujar puteri itu
dengan menampakkan wajah yang kurang senang.

"Ke mana?" tanyaku kepadanya.

"Ke negeri Islam.

'Bagaimana? Bukankah istana ini dikelilingi oleh pengawal-pengawal dengan
rapi, dan askar-askarnya pun penuh menunggu di luar. Kau hendak lari bagaimana?"
aku merasa risau mendengar usul puteri itu.

"Apa yang kau hendak susahkan. Yang Memasukkan kau ke dalam istana ini akan
mengeluarkanku dan kau daripadanya," jawab puteri itu.

Aku terpukau mendengar bicara puteri ini, dan kagum dari hal kuat Tawakkalnya.
Memang aku tidak dapat menolak usulnya.

"Memang benar katamu itu, kerana Allah berkuasa atas setiap sesuatu, dan siapa
yang bertawakkal kepada Allah niscaya Dia akan menolongnya," aku memberikan
sokongan kepada usul puteri itu.

Kami pun mengatur rencana untuk melarikan diri dari istana itu. Kami berdoa
mudah-mudahan Allah akan menyelamatkan kami. Pada hari esoknya, kami keluar
menerusi pintu belakang istana itu yang menuju ke sebuah taman. Bilangan pengawal
yang berada di siru tidak begitu banyak. Mereka melihat kami seperti tidak melihat.
Tidak sepatah kata pun mereka menanyai kami atau menghalangi kami. Semua itu
ialah dengan berkat kuat keazaman puteri itu untuk meninggalkan negeri ayahnya
yang sesat dan pergi ke negeri Islam.

Kami berjalan bersama-sama menuju ke Makkah, kerana puteri itu sangat ingin
untuk melihat Baitullah. Tiba di Mekah, aku lihat dia terus berpuasa pada siang hari,
dan bangun beribadat pada malamnya, hatinya senang sekali ketika berada di samping
Ka'bah itu. Dia tinggal di situ selama tujuh hari tujuh malam saja, lalu dia menemui
ajalnya, sedang dia dalam sebaik-baik amal, dan berada di sebaik-baik tempat.
Di sanalah dia dikuburkan sebagai seorang wanita Wali Allah yang termulia.

Moga-moga Allah merahmati ruhnya dan menempatkannya di Syurga yang tinggi.
Amin!



Semoga Allah Memimpin Kami Ke Arah Jalan Yang Lurus, Jalan Yang Tidak
Dimurkai, Jalan Yang Tidak Disesati



7C Pada Perempuan & 8G Pada Lelaki

Label:

Datuk Dr Fadzilah Kamsah telah merumuskan:
7 'C' yang boleh menyebabkan lelaki hilang minat atau benci kepada seseorang wanita.
1. Comot
Terdapat wanita yang cantik tetapi comot. Comot yang dimaksudkan ini boleh melibatkan wajah seseorang wanita itu, penampilannya yang selekeh, kerja yang dilakukannya serta tindak-tanduknya.
2. Cerewet
Kata ulama hati wanita terletak di mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya.
3. Cemburu
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yang terlampau cemburu sehingga pasangannya merasa terkongkong akan membawapadah kepada perhubungan mereka. Ini memandangkan lelaki akan merasakan dirimereka tidak dipercayai.
4. Cuai
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam tiga tetapi pada masa yang ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, ini akan membuat mereka benci kerana situasi itu.
5. Celupar
Menurut Dr. Fadzilah, wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar.
6. Cabul
Cabul di sini membawa maksud keji dan segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak ada malu. Misalnya bergaul bebas dengan lelaki-lelaki yang bukan muhrimnya tanpa menghirau batas pergaulan itu.
7. Cabar
Lelaki mempunyai ego mereka yang tersendiri. Oleh itu mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Misalnya mencabar dengan kata-kata seperti, saya cabar awak........
8G pada lelaki yang dibenci oleh wanita
1. Garang
Garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh.. macam ler dia betul semua, atau seumpamanya.
2. Ganas
Kaki pukul, dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebab perempuan bukan lawannya.
3. Gementar
Takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain dan seumpamanya.
4. Gabra
Tak boleh/pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan aje, dan sebagainya.
5. Gentleman tiada Langsung
Tak gentle, pentingkan diri sendiri, ambil kesempatan dan sebagainya.
6. Gerumal
Bahasa kedah-bohong atau tipu.
7. Ganggo Keterlaluan
Lembut sangat, pemalu sangat, pendiam sangat, macho sangat dan seumpamanya.
8. Gatal
Miang keladi dengan perempuan lain selain dengan isteri sendiri.



Petua Awet Muda ( Dr Ustz Ismail Kamus )

Petua Awet Muda ( Dr Ustz Ismail Kamus )

1. Melambatkan minum air setelah makan..... - minum
sedikit (lebih kurang
seteguk sahaja). - minum setelah setengah jam
selepas makan.

2. Rajin-rajin baca Al-quran..... - niat ikhlas
kerana Allah .....bukan
kerana nak muda semata-mata.

3. Menanam kuku / rambut yang dipotong atau gugur.

4. Rajin-rajin bangun sembahyang tahajjud ditengah
malam..... - sesungguhnya
sekuat-kuat iman itu umpama seorang yang
menyempurnakan wudhunya di waktu
musim sejuk.

5. Sentiasa tenang dan tak marah-marah..... - kerana
setiap ahli syurga itu
lembut, mudah dan mesra, manakala setiap ahli neraka
itu keras dan yang
kasar kepada keluarganya..... mulakannya dengan
'nawaitu'..... amalkan
sekerap termampu..... Insya Allah mujarab. ---------

Sudahkah anda menunaikan SOLAT ? Dari Abdullah bin
'Amr r.a., Rasulullah
s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu
ayat..."



Airmata Rasulullah

Airmata Rasulullah

Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan
Rasul-Nya.

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi
itu,Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah,

"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah
kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap
sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya.Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hamper selesai menunaikan tugasnya didunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang didalamnya, Rasulullah sedang
terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?"
tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah
yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut,"kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
"Pintu-pintu langit telah terbuka,para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, " kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.

"Uushiikum bi al- sholaati, wa Maa Malakat Aimaanukum, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan
di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii,
ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai
sepertinya?

Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.