Innovative PPC platform.

Amalan murah rezeki

Amalan murah rezeki

1) Sentiasa bertakwa kepada Allah.

Firman Allah dalam surah Al-Talaq, 2-3. " barang Siapa yang bertakwa kepada
Allah, nescaya Dia menjadikan jalan keluar (daripada kesusahan) Dan Dia
(Allah) memberi rezeki kepadanya dari (sumber) yang tidak pernah diduganya.
Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah, Allah mencukupkan
keperluannya. Sesungguhnya Allah itu melaksanakan kehendakNya.
Sesungguhnya Allah mengadakan ukuran segala sesuatu.

2) Berbakti kepada ibu bapa.

Rasulullah s.a.w. bersabda "Sesiapa yang berbuat baik kepada kedua
ibu-bapanya nescaya sungguh bahagia hidupnya. Allah akan panjangkan umurnya
(apabila umur panjang rezeki juga bertambah). [Hadith Riwayat Bukhari dan
Hakim, daripada Mu'az bin Anaz.]

3) Menjalinkan Silaturrahim

Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya dan
dipanjangkan umurnya hendaklah dia menghubungkan silaturrahim" [Hadith
Riwayat Bukhari]

4) Bagun Pagi

Sabda Rasullulah s.a.w. lagi "bersegeralah mencari rezeki dan keperluan
hidup, kerana berpagi-pagi mencari rezeki itu adalah mendapat barakah dan
kejayaan" [Hadith Riwayat Ibnu 'Adi daripada 'Aisyah]

5) Melazimkan membaca surah Al-Waqi'ah

Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa membaca Surah al-Waqi'ah pada tiap-taip
malam, nescaya terhindar daripadanya kepapaan" [Hadith Riwayat Bukhari]

6) Solat Dhuha

Melazimkan solat Dhuha, maka sesetengah daripada fadhilat ialah menyebabkan
murah rezeki atas orang-orang yang melakukannya.Cuba amati makna doa ..

** Tips di atas hanya untuk orang RAJIN sahaja. Ia juga berbentuk amalan dan
perlukan istiqamah.

From Berita Harian Gantung jawatan jika didakwa

Gantung jawatan jika didakwa
Oleh Norfatimah Ahmad, Anwar Hussin dan Norliza Wasilan
bhnews@bharian.com.my

NAJIB bersama Muhyiddin ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MT Umno di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR: Berkuat kuasa serta-merta, pemimpin Umno di semua peringkat yang didakwa di mahkamah atas pelbagai kesalahan secara automatik akan digantung semua jawatannya dalam parti.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, berkata peraturan baru itu diputuskan selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) semalam meneliti cadangan yang dikemukakan Jawatankuasa Pengurusan parti.

"Sekiranya pemimpin itu berjaya dalam proses mahkamah, iaitu didapati tidak bersalah, maka jawatannya dikembalikan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat MT di Ibu Pejabat Umno di sini.

Perdana Menteri juga mengumumkan persetujuan MT menambah ahli Lembaga Disiplin Umno, termasuk Panel Siasatan, Tribunal dan Panel Rayuan.

Antara ahli baru lembaga itu ialah bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Ismail Said; peguam Datuk Zuraidah Atan; bekas Penolong Kanan Penguasa Badan Pencegah Rasuah (BPR), Wahab Wahid; pesara penguasa polis, Mohd Zain Ismail dan pesara inspektor polis, Nordin Saidin.

Sementara itu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika dihubungi menjelaskan peraturan baru itu tidak hanya membabitkan pemimpin di peringkat Pusat, malah meliputi cawangan dan bahagian.

"Contohnya, Ketua Umno Bahagian Pandan, Abd Ghani Ismail, yang dihadapkan ke mahkamah baru-baru ini," katanya.

Selasa lalu, Abd Ghani dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas 10 tuduhan menyalahguna kuasanya sebagai Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dengan menerima rasuah berjumlah lebih RM200,000 bagi meluluskan tender antara 2006 dan 2007.

Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan, pula menjelaskan kes membabitkan Ketua Umno Bahagian Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman yang didakwa di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu atas tuduhan membuat kenyataan palsu, adalah antara yang menjadi rujukan dalam pelaksanaan peraturan baru itu.

"Kita menggunakan prinsip seseorang itu tidak bersalah sehingga didapati bersalah. Tidak adil jika parti memecat atau melucutkan jawatan seseorang pemimpin itu, tetapi mahkamah memutuskan dia tidak bersalah pula.

"Jadi peraturan ini dikuat kuasa untuk bertindak adil kepada mana-mana pemimpin dalam parti yang dihadapkan ke mahkamah," katanya.

Bulan lalu, Ibu Pejabat Umno mengumumkan jawatan Ketua Umno Bahagian Labuan yang disandang Suhaili gugur dengan sendirinya berkuat kuasa serta-merta selepas didakwa di mahkamah selaras Fasal 10.10 Perlembagaan Umno.

Imam Syafie

Imam Syafie

Imam Syafie bernama Muhammad bin Idris. Salasilah keturunan beliau adalah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Usman bin Syafie bin Saib bin Abdul Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Keturunan beliau bertemu dengan keturunan Nabi Muhammad SAW pada datuk Nabi Muhammad yang ketiga iaitu Abdul Manaf.
Beliau dilahirkan di Ghuzah nama sebuah kampung yang termasuk daerah Palestin, pada bulan Rejab 150 H atau 767 Masehi. Tempat asal ayah dan bonda beliau ialah di Kota Makkah. Imam Syafie lahir di Palestin kerana ketika itu bondanya pergi ke daerah itu demi keperluan penting. Namun di dalam perjalanan menuju Palestin tersebut ayahnya meninggal dunia, sementara Imam Syafie masih dalam kandungan ibunya. Setelah berumur dua tahun baru Imam Syafie dan ibunya kembali ke Kota Makkah.

Ketika berumur 9 tahun beliau telah hafal Al-Quran 30 juz. Umur 19 tahun telah mengerti isi kitab Al-Muwatha’, karangan Imam Malik, tidak lama kemudian Al-Muwatha’ telah dihafalnya. Kitab Al-Muwatha’ tersebut berisi hadith-hadith Rasulullah SAW, yang dihimpun oleh Imam Malik.

Kerana kecerdasannya pada umur 15 tahun beliau telah diizinkan memberi fatwa di hadapan masyarakat dan menjawat sebagai guru besar ilmu hadith serta menjadi mufti dalam Masjidil Haram di Makkah.

Ketika berumur 20 tahun beliau pergi belajar ke tempat Imam Malik di Madinah, setelah itu beliau ke Irak, Parsi dan akhirnya kembali ke Madinah. Dalam usia 29 tahun beliau pergi ke Yaman untuk menuntut ilmu pengetahuan.

Tentang ketaatan beliau dalam beribadah kepada Allah diceritakan bahawa setiap malam beliau membagi malam itu kepada tiga bahagian. Sepertiga malam beliau gunakan kewajipan sebagai manusia yang mempunyai keluarga, sepertiga malam untuk solat dan zikir dan sepertiga lagi untuk tidur.

Ketika Imam Syafie di Yaman, beliau diangkat menjadi setiausaha dan penulis istimewa Gabenor di Yaman, sekaligus menjadi guru besar di sana. Kerana beliau termasuk orang pendatang, secara tiba-tiba memangku jawatan yang tinggi, maka ramai orang yang memfitnah beliau.

Ahli sejarah telah menceritakan bahawa waktu sultan Harun Ar-Rasyid sedang marah terhadap kaum Syiah, sebab golongan tersebut berusaha untuk meruntuhkan kekuasaan Abbasiyah, mereka berhasrat mendirikan sebuah kerajaan Alawiyah iaitu keturunan Saidina Ali bin Abi Talib. Kerana itu di mana kaum Syiah berada mereka diburu dan dibunuh.

Suatu kali datang surat baginda Sultan dari Baghdad. Dalam surat yang ditujukan kepada Wali negeri itu diberitahukan supaya semua kaum Syiah ditangkap. Untuk pertama kali yang paling penting adalah para pemimpinnya, jika pekerjaan penangkapan telah selesai semua mereka akan dikirimkan ke Baghdad. Semuanya harus dibelenggu dan dirantai. Imam Syafie juga ditangkap, sebab di dalam surat tersebut bahawa Imam Syafie termasuk dalam senarai para pemimpin Syiah.

Ketika peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadhan, Imam Syafie dibawa ke Baghdad dengan dirantai kedua belah tangannya. Dalam keadaan dibelenggu itu para tahanan disuruh berjalan kaki mulai dari Arab Selatan (Yaman) sampai ke Arab Utara (Baghdad), yang menempuh perjalanan selama dua bulan. Sampai di Baghdad belenggu belum dibuka, yang menyebabkan darah-darah hitam melekat pada rantai-rantai yang mengikat tangan mereka.

Pada suatu malam pengadilan pun dimulai. Para tahanan satu persatu masuk ke dalam bilik pemeriksaan. Setelah mereka ditanya dengan beberapa kalimat, mereka dibunuh dengan memenggal leher tahanan tersebut. Supaya darah yang keluar dari leher yang dipotong itu tidak berserak ia dialas dengan kulit binatang yang diberi nama dengan natha’.

Imam Syafie dalam keadaan tenang menunggu giliran, dengan memohon keadilan kepada Allah SWT. Kemudian beliau dipanggil ke hadapan baginda Sultan. Imam Syafie menyerahkan segalanya hanya kepada Allah SWT. Dengan keadaan merangkak kerana kedua belah kaki beliau diikat dengan rantai, Imam Syafie mengadap Sultan. Semua para pembesar memperhatikan beliau.

“Assalamualaika, ya Amirul Mukminin wabarakatuh.”
Demikian ucapan salam beliau kepada baginda dengan tidak disempurnakan iaitu “Warahmatullah.”

“Wa alaikassalam warahmatullah wabarakatuh.” Jawab baginda. Kemudian baginda bertanya: “Mengapa engkau mengucap salam dengan ucapan yang tidak diperintahkan oleh sunnah, dan mengapa engkau berani berkata-kata dalam majlis ini sebelum mendapat izin dari saya?”

Imam Syafie menjawab: “Tidak saya ucapkan kata “Warahmatullah” kerana rahmat Allah itu terletak dalam hati baginda sendiri.” Mendengar kata-kata itu hati baginda jadi lembut. Kemudian Imam Syafie membaca surah An-Nur ayat 55 yang bermaksud:

“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sesungguhnya Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa.”
Setelah membaca ayat di atas kemudian Imam Syafie berkata: “Demikianlah Allah telah menepati janjiNya, kerana sekarang baginda telah menjadi khalifah, jawapan salam baginda tadi membuat hati saya menjadi aman.” Hati baginda menjadi bertambah lembut. Baginda Harun ar Rashid bertanya kembali: “Kenapa engkau menyebarkan faham Syiah, dan apa alasanmu untuk menolak tuduhan atas dirimu.”
“Saya tidak dapat menjawab pertanyaan baginda dengan baik bila saya masih dirantai begini, jika belenggu ini dibuka Insya-Allah saya akan menjawab dengan sempurna. Lalu baginda memerintahkan kepada pengawal untuk membukakan belenggu yang mengikat lmam Syafie itu.

Setelah rantai yang membelenggu kedua kaki dan tangannya itu dibuka, maka Imam Syafie duduk dengan baik kemudian membaca surah Hujarat ayat 6:

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq yang membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”
“Ya Amirul Mukminin, sesungguhnya berita yang sampai kepada baginda itu adalah dusta belaka. Sesungguhnya saya ini menjaga kehormatan Islam. Dan bagindalah yang berhak memegang adab kitab Allah kerana baginda adalah putera bapa saudara Rasulullah SAW iaitu Abbas. Kita sama-sama menghormati keluarga Rasulullah. Maka kalau saya dituduh Syiah kerana saya sayang dan cinta kepada Rasulullah dan keluarganya, maka demi Allah, biarlah umat Islam sedunia ini menyaksikan bahawa saya adalah Syiah. Dan tuan-tuan sendiri tentunya sayang dan cinta kepada keluarga Rasulullah.” Demikian jawab Imam Syafie.
Baginda Harun ar Rasyid pun menekurkan kepalanya kemudian ia berkata kepada Imam Syafie: “Mulai hari ini bergembiralah engkau agar lenyaplah perselisihan antara kami dengan kamu, kerana kami harus memelihara dan menghormati pengetahuanmu wahai Imam Syafie.”

Demikianlah kehidupan Imam Syafie sebagai ulama besar, yang tidak lepas dari berbagai cubaan serta seksaan dari pihak yang tak mengerti akan hakikat kebenaran yang sesungguhnya. Hanya ketabahan dan keimanan serta pengetahuanlah yang dapat menghadapi setiap cubaan itu sebagai suatu ujian dari Allah SWT yang harus kita hadapi.

Imam Ahmad Bin Hambal

Imam Ahmad Bin Hambal

Imam Ahmad bin Muhammad bin Hambal. Beliau adalah Imam yang keempat dari fuqahak Islam. Beliau memiliki sifat-sifat yang luhur dan tinggi. Ahmad bin Hambal dilahirkan di Baghdad pada bulan Rabiul Awal tahun 164H. Beliau termasyhur dengan nama datuknya Hambal, kerana datuknya lebih masyhur dari ayahnya.

Ibnu Hambal hidup dalam keadaan miskin, kerana ayahnya hanya meninggalkan sebuah rumah kecil dan tanah yang sempit. Beliau terpaksa melakukan berbagai pekerjaan. Beliau pernah bekerja di tempat tukang jahit, mengambil upah menulis, menenun kain dan kadangkala mengambil upah mengangkat barang-barang orang. Beliau lebih mementingkan makanan yang halal lagi baik dan beliau tidak senang menerima hadiah-hadiah.

Ketika ia masih berumur 14 tahun, Ahmad bin Hambal telah belajar mengarang dan menghafal Al-Quran. Beliau bekerja keras dalam menuntut ilmu pengetahuan. Sebagai seorang ulama yang sangat banyak ilmunya, Ibnu Hambal pun seorang yang teguh imannya, berani berbuat di atas kebenaran. Dia tidak takut bahaya apa pun terhadap dirinya di dalam menegakkan kebenaran itu. Kerana Allah memang telah menentukan bahawa setiap orang yang beriman itu pasti akan diuji keimanannya. Termasuk juga para nabi dan rasul yang tidak pernah lepas dari berbagai ujian dan cubaan.

Ujian dan cubaan berupa fitnah, kemiskinan, seksaan dan lain-lainnya itu selalu akan mendampingi orang-orang yang beriman apalagi orang yang menegakkan kebenaran. Demikian juga halnya dengan Imam Hambali, terlalu banyak bahaya yang dihadapinya dalam berjuang menegakkan kebenaran agama. Ujian itu datangnya bermacam-macam kadangkala dari musuh kita dan dapat juga timbul dari kawan-kawan yang merasa iri dengan kebolehan seseorang.

Imam Hambali berada di zaman kekuasaan kaum Muktazilah yang berpendapat bahawa Quran itu adalah makhluk. Pendirian ini begitu kuatnya di kalangan pemerintah, sehingga barangsiapa yang bertentangan pendirian dengan pihak pemerintah tentu akan mendapat seksaan. Sebelum Al-Makmun ini, yakni di zaman sultan Harun Al-Rasyid, ada seorang ulama bernama Basyar Al-Marisy berpendapat bahawa Quran itu adalah makhluk. Baginda Harun Al-Rasyid tidak mahu menerima pendapat tersebut. Bahkan terhadap orang yang berpendapat demikian akan diberi hukuman. Kerana ancaman itu akhirnya Basyar melarikan diri dari Baghdad.

Sultan Harun Al-Rasyid pernah berkata: “Kalau umurku panjang dan masih dapat berjumpa dengan Basyar nescaya akan kubunuh dia dengan cara yang belum pernah aku lakukan terhadap yang lain?” Selama 20 tahun lamanya Syekh Basyar menyembunyikan diri dari kekuasaan Sultan.

Tetapi setelah Sultan Harun Al-Rasyid meninggal dunia, kemudian diganti dengan puteranya Al-Amin barulah Syekh Basyar keluar dari persembunyiannya. Kembali ia mengeluarkan pendapatnya itu, bahawa Quran itu adalah makhluk. Al-Amin juga sependirian dengan ayahnya tidak setuju dengan pendapat tersebut. Ia mengancam berat terhadap orang yang mengatakan Quran itu makhluk.

Kemudian kepala negara pindah lagi ke tangan saudara Al-Amin iaitu Al-Makmun. Di zaman pemerintahan Al-Makmun inilah pendapat tentang Quran itu makhluk mula diterima. Al-Makmun sendiri telah terpengaruh dan ikut berpendapat demikian. Pada suatu kali oleh Al-Makmun diadakan pertemuan para ulama besar, untuk membincangkan hal itu, tetapi para ulama tetap berpendapat bahawa Al-Quran itu adalah makhluk. Al-Makmun mengharapkan supaya pendapat itu diterima orang ramai.

Pada masa itu satu-satunya ulama yang keras berpendirian bahawa “Al-Quran itu bukan makhluk?” Hanyalah Imam Hambali. Secara terus terang ia berkata di hadapan Sultan:“Bahawa Al-Quran bukanlah makhluk yang dijadikan Allah, tetapi ia adalah Kalamullah.”

Imam Hambali satu-satunya ulama ketika itu yang berani membantah, sedangkan yang lainnya diam seribu bahasa. Kemudian ia ditangkap dan dihadapkan ke hadapan baginda. Ia dipanggil bersama tiga orang ulama yang lainnya, iaitu Imam Hassan bin Muhammad Sajah, Imam Muhammad bin Nuh dan Imam Ubaidah bin Umar. Kedua ulama di antara mereka sama menjawab dan membenarkan pendapat baginda sementara Imam Hambali dan Imam Muhammad bin Nuh dengan tegas menjawab bahawa Quran itu bukanlah makhluk. Keduanya lalu dimasukkan ke dalam penjara. Setelah beberapa hari dalam penjara datang surat dari Tharsus yang meminta supaya keduanya dibawa ke sana dengan dirantai.

Kedua ulama tersebut betul-betul dirantai kedua kaki dan tangannya dan ditunjukkan di hadapan orang ramai. Kemudian dibawa ke Tharsus, sesampainya di sana keduanya dimasukkan ke dalam penjara. Kerajaan mempunyai seorang ulama besar bernama Ahmad bin Abi Daud, yang pandai berbicara namun lemah dalam pendirian.

Terhadap Imam Hambali mereka minta supaya dihukum dengan hukuman yang seberat-beratnya. Baginda raja menerima usulan tersebut. Lalu Imam Hambali dihadapkan depan raja dan ditanyakan tentang pendiriannya. Namun ia tetap menyampaikan pendiriannya bahawa Al-Quran itu ialah Kalamullah bukan makhluk. Dan ia menegaskan lagi bahawa ia tidak akan berubah dari pendiriannya itu.

Akhirnya terjadilah persidangan yang dipimpin oleh baginda sendiri. Kemudian baginda memanggil Imam Hambali dan berkata: “Atas nama saya sebagai kerabat Nabi Muhammad SAW saya akan memukul engkau beberapa kali, sampai engkau membenarkan apa yang telah saya benarkan, atau mengatakan seperti yang saya kata?” Kerana Imam Hambali masih tetap dengan pendiriannya, maka baginda memerintahkan kepada perajuritnya untuk memukul Imam Hambali.

Ketika cambuk yang pertama singgah di punggung beliau, beliau mengucapkan “Bismillah.” Ketika cambuk yang kedua, beliau mengucapkan “La haula walaa quwwata illaa billah” (tiada daya dan kekuatan apa pun kecuali izin Allah). Ketika cambuk yang ketiga kalinya beliau mengucapkan “Al-Quran kalaamullahi ghairu makhluk” (Al-Quran adalah kalam Allah bukan makhluk). Dan ketika pada pukulan yang keempat, beliau membaca surah At-Taubah ayat 51.

“Katakanlah: Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang ditetapkan oleh Allah bagi kami.” Sehingga seluruh badan beliau mengalir darah merah.

Akhirnya beliau dimasukkan ke dalam penjara kembali. Pada suatu hari ketika Imam Hambali dibawa ke Kota Anbar dengan tangan yang terbelenggu, seorang yang alim bernama Abu Ja’far Al-Anbari menghampiri beliau. Imam Hambali bertanya kepadanya: “Hai Abu Ja’far apakah engkau susah melihat keadaanku?” “Tidak wahai Imam, engkau adalah pemuka umat, kerana umat manusia ada di belakangmu. Demi Allah, bila engkau mahu menjawab bahawa Quran itu makhluk, pastilah umat akan mengikutimu, dan bila engkau tidak mahu menjawab, maka umat juga tidak mahu menjawab seperti apa yang ingin engkau jawab. Bila engkau tidak mati dibunuh orang, pasti engkau juga akan mati dengan cara yang lain. Maka janganlah engkau mahu menuruti kehendak mereka.”

Mendengar kata-kata Ja’far itu beliau mencucurkan air mata dan berkata: “Masya-Allah!, Masya-Allah!, Masya-Allah!. Kemudian beliau pun dikunjungi oleh bekas penjahat bernama Abdul Haitsam Al-Ayyar dan berkata kepada beliau: “Wahai Imam, saya ini seorang pencuri yang didera dengan beribu-ribu cambukan, namun saya tidak mahu mengakui perbuatan saya, pada hal saya menyedari bahawa saya salah. Maka janganlah Imam gelisah dalam menerima dera, sebab engkau dalam kebenaran.”

Ketika Khalifah Al-Makmun meninggal dunia pada tahun 218H (833 M) setelah memerintah 20 tahun lamanya, yang mengganti beliau ialah saudaranya yang bernama Ishaq Muhammad bin Harun Al-Rasyid yang bergelar dengan Al-Muktashimbillah. Sebelum Khalifah Al-Makmun meninggal dunia beliau telah berpesan kepada bakal penggantinya itu bahawa faham Al-Quran itu makhluk harus dipertahankan.”

Kebijaksanaan kerajaan yang menyeksa para ulama yang tidak sependirian dengan faham kerajaan itu atas dasar hasutan seorang ulama kerajaan yang bernama Qadhi Qudhoti Ahmad bin Abi Daud (Daud). Ulama inilah yang memberikan usulan kepada Al-makmun bahawa jika Imam Ahmad bin Hambal tetap tidak mahu mengikuti bahawa Al-Quran itu makhluk hendaklah dihukum dengan hukuman yang berat.

Setelah kerajaan dipegang oleh Al-Muktasim ulama Ahmad bin Daud masih tetap menjadi qadi kerajaan. Pada suatu hari Qadi kerajaan ini cuba mengadili Imam Hambali dengan melakukan perdebatan akhirnya Ahmad bin Daud kalah kerana tidak dapat mengemukakan alasan yang lebih kuat. Walaupun demikian Imam Hambali tetap dimasukkan kembali ke dalam penjara.

Pada bulan Ramadhan pengadilan terhadap Imam Hambali diadakan lagi. Khalifah Al-Muktashim bertanya: “Al-Quran itu adalah baru, bagaimana pendapat anda.” “Tidak!, Al-Quran adalah kalam Allah, saya tidak sejauh itu membahasnya kerana di dalam Al-Quran dan hadith tidak disuruh membahas soal tersebut.” Jawab beliau.

Beliau dicambuk sampai berdarah, pada hal ketika itu bulan puasa. Baginda berkata: “Kalau kamu merasa sakit dengan pukulan ini, maka ikutilah saya, dan akuilah bahawa Al-Quran itu makhluk, supaya kamu selamat.”

Penderaan pun terus berlangsung, sehingga beliau terasa bahawa tali seluar yang menutup auratnya putus dan hampir turun ke bawah. Beliau pun mengangkatkan mukanya ke atas sambil berdoa: “Ya Allah!, atas namaMu yang menguasai Arsy, bahawa jika Engkau mengetahui bahawa saya adalah benar, maka janganlah Engkau jatuhkan penutup aurat ku.” Ketika itu pula seluar beliau yang akan jatuh itu naik ke atas kembali sehingga aurat beliau tidak jadi terlihat oleh orang ramai.

Penyeksaan terhadap beliau itu baru berakhir setelah selesai maghrib. Para hakim dan orang- orang hadir kemudian berbuka puasa di hadapan beliau. Sementara beliau dibiarkan saja tidak diberi sesuatu makanan untuk berbuka. Demikianlah seterusnya, pada hari yang kedua pun beliau masih tetap didera sampai seluruh badannya mencucurkan darah. Pada hari ketiga beliau masih tetap didera sehingga pengsan.

Setelah Al-Muktashim meninggal dunia ia diganti dengan puteranya Al-Watsiq. Pada masa ini banyak penganiayaan dilakukan terhadap para ulama. Khalifah Al-Watsiq inilah yang memancung leher ulama terkenal yakni Ahmad bin Naser Al-Khuza’i. Kepala Ahmad bin Naser digantung dan diletak tulisan yang berbunyi: “Inilah kepala Ahmad bin Naser yang tidak mahu mengakui bahawa Al-Quran itu makhluk, maka Tuhan memasukkan Ahmad bin Naser ke dalam neraka, kepala ini menjadi peringatan bagi mereka yang memalingkan dirinya dari kiblat.” Demikianlah tulisan yang diletakkan dekat leher Ahmad bin Naser.

Kemudian Khalifah Al-Watsiq meninggal dunia dan digantikan dengan saudara beliau yang bernama, Al-Mutawakkil. Pada masa inilah dicabut tentang faham muktazilah dan diadakan pembebasan terhadap semua ulama yang ditahan, termasuk Imam Ahmad bin hambal. Sementara itu Imam Hambali setelah dibebaskan beliau diberi hadiah sebanyak l0,000 dirham, namun hadiah tersebut beliau tolak. Kerana dipaksa untuk menerimanya, akhirnya beliau terima dan dibahagi-bahagikan kepada fakir miskin.

Pada hari Jumaat tanggal 12 Rabiul Awal tahun 241 H/855 M beliau meninggal dunia yang fana ini dengan tenang dalam usia 77 tahun. Setelah mendengar wafatnya beliau, seluruh Kota Baghdad menjadi gempar jenazah beliau disembahyangkan lebih dari 130,000 orang muslimin. Demikian berakhirnya riwayat seorang penegak kebenaran dan meninggikan ilmu pengetahuan, setelah melalui berbagai seksaan dan penganiayaan. Semoga mereka yang berjuang pada jalan Allah menjadi kekasih Allah, yang selalu mendapat keberkahannya dan keredhaanNya.

Banyak lagi mereka yang berjuang pada jalan Allah akhirnya menerima ujian dan cubaan dengan berbagai penganiayaan dan seksaan.

Firman Allah ertinya:

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan. “Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang- orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”
(Al-Ankabut: 2-3)

Secara Ringkas Mengenai IMAM MALIK

Imam Malik dilahirkan di sebuah perkampungan kecil yang bernama Ashbah, yang terletak di dekat Kota Himyar jajahan Yaman. Nama aslinya ialah Malik bin Anas bin Malik bin Abi Amir Al-Ashabally. Beliau adalah seorang ulama besar yang lahir di Madinah serta mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap dunia Islam.
Ketika Imam Malik berusia 54 tahun, pemerintahan berada di tangan baginda Al-Mansur yang berpusat di Bagdad. Ketika itu di Madinah dipimpin oleh seorang gabenor bernama Jaafar bin Sulaiman Al-Hasymi. Sementara itu Imam Malik juga menjabat sebagai mufti di Madinah. Di saat timbulnya masalah penceraian atau talak, maka Imam Malik telah menyampaikan fatwanya, bahawa talak yang dipaksakan tidak sah, ertinya talak suami terhadap isteri tidak jatuh. Fatwa ini sungguh berlawanan dengan kehendak gabenor, kerana ia tidak mahu hadith yang disampaikan oleh Imam Malik tersebut diketahui oleh masyarakat, sehingga akhirnya Imam Malik dipanggil untuk mengadap kepada gabenor.

Kemudian gabenor meminta agar fatwa tersebut dicabut kembali, dan jangan sampai orang ramai mengetahui akan hal itu. Walaupun demikian Imam Malik tidak mahu mencabutnya. Fatwa tersebut tetap disiarkan kepada orang ramai. Talak yang dipaksanya tidak sah. Bahkan Imam Malik sengaja menyiarkan fatwanya itu ketika beliau mengadakan ceramah-ceramah agama, kerana fatwa tersebut berdasarkan hadith Rasulullah SAW yang harus diketahui oleh umat manusia.

Akhirnya Imam Malik ditangkap oleh pihak kerajaan, namun ia masih tetap dengan pendiriannya. Gabenor memberi peringatan keras supaya fatwa tersebut dicabut dengan segera Kemudian Imam Malik dihukum dengan dera dan diikat dengan tali dan dinaikkan ke atas punggung unta, lalu diarak keliling Kota Madinah. Kemudian Imam Malik dipaksa supaya menarik kembali fatwanya itu.

Mereka mengarak Imam Malik supaya Imam merasa malu dan hilang pendiriannya. Tetapi Imam Malik masih tetap dengan pendiriannya itu. Kerana ketegasannya itu, dia dihukum dengan sebat sebanyak 70 kali, yang menyebabkan tulang belakangnya hampir patah. Kemudian ia berkata kepada sahabat-sahabatnya:
“Aku dihukum dera begitu berat lantaran fatwa ku. Demikian Said Al-Musayyid, Muhamad Al-Munkadir dan Rabiah telah dijatuhi hukuman demikian lantaran fatwanya juga.”

Bagi Imam Malik hukuman semacam itu, bukanlah mengurangi pendiriannya, bahkan semakin bertambah teguh jiwanya. Ia tidak pernah takut menerima hukuman asalkan ia berada pada jalan kebenaran. Kerana memang setiap perjuangan itu memerlukan pengorbanan. Imam Al-Laits, seorang alim menjadi mufti Mesir ketika itu, saat mendengar bahawa Imam Malik dihukum lantaran fatwanya ia berkata: “Aku mengharap semoga Allah mengangkat darjat Imam Malik atas setiap pukulan yang dijatuhkan kepadanya, menjadikan satu tingkat baginya masuk ke syurga.”
Insya Allah.

WANG PAMPASAN/INSURANS

WANG PAMPASAN/INSURANS
Apakah hukumnya wang pampasan yang diterima dari Insurans Nyawa?

Insurans Nyawa: terbahagi kepada dua bahagian:
1.Wang yang dibayar oleh pemegang Polisi itu (si mati).
2.Wang tambahan dari Syarikat Insurans.

Wang yang dibayar oleh Pemegang Polisi (si mati) adalah termasuk dalam harta pusaka yang waris-waris si mati boleh menerima bahagian masing-masing mengikut Hukum Faraid keranawang ini bukanlah wang haram.

Wang tambahan dari Syarikat Insurans itu adalah wang syubhah yang diragukan halal atau haramnya. Ianya hendaklah diserahkan kepada Baitul-Mal untuk digunakan bagi faedah orang-orang Islam di Singapura seluruhnya.

Jikalau seseorang membeli insurans nyawa, apabila sampai ajalnya Syarikat yang berkenaan akan membayar wang yang diinsuranskannya bersama-sama dengan bonusnya kepada keluarga di mati. Adakah wang insurans itu haram bagi bekalan keluarga yang hidup?

Membeli, menjual dan menjadi Pengendali Insurans Nyawa hukumnya adalah haram, kerana sebab-sebab berikut:

Dalam soal membeli insurans nyawa itu hukumnya tidak sah, mengikut keadah jual beli dalam Islam.
Pembelian insurans nyawa itu adalah disifatkan sebagai suatu muamalah yang samar-samar (bergantung kepada nasib). Tiap-tiap kira bicara (transaction) yang tidak sah adalah haram penggunaannya; kerana Nabi saw melarang sebarang penjualan yang ada gharar (keuntungan yang menggalakkan tetapi tidak nyata).
Pihak waris hanya berhak mendapat balik jumlah wang yang telah dibayar oleh simati semasa hidupnya untuk insurans itu. Ini adalah kerana konsep insurans: merupakan suatu yayasan yang diasaskan atas dasar riba; ia bertentangan dengan semangat bantu-membantu yang dianjurkan oleh Islam; menurut pandangan Islam orang yang lemah mesti dibantu dan dia diutamakan daripada yang lain. Semangat ini tidak terdapat dalam konsep polisi insurans nyawa; sumbangan atau bayaran premium adalah tetap dan dimestikan;
wang itu dilaburkan menurut cara-cara yang tidak halal pada pandangan Islam; bantuan atau kurnia yang diberikan kepada Pemegang Polisi Insurans tidaklah mengikut kemampuan Syarikat Insurans tersebut, tetapi mengikut ketetapan undang-undangnya;
untung yang didapati oleh pemegang Polisi insurans adalah dikira riba, kerana keuntungan ini tidak dapat dimasukkan ke dalam apa segi pun jenis Muammalah yang bercorak Islam;
insurans boleh mengakibatkan kes-kes jenayah;
pembelian polisi insurans dalam syarikat-syarikat asing akan menambahkan kekuatan ekonomi orang-orang bukan Islam kerana Syarikat Insurans ini kebanyakannya dikendalikan oleh orang-orang kapitalis;
orang-orang yang bergantung kepada insurans boleh dianggap kurang meletakkan keyakinannya kepada takdir Allah dan bertawakkal kepada Allah;
dengan mempunyai Polisi Insurans seseorang itu tidak berasa khuatir untuk mendedahkan diri kepada bahaya atau membahayakan orang lain.
Saya menaiki kapal terbang ke luar negeri. Ejen tempat saya membeli tiket telah membayar insurans bagi melindungi saya dan keluarga saya jika berlaku kemalangan dalam perjalanan. Dengan itu pihak insurans akan membayar sebanyak $10,000.00 Saya tidak dikenakan apa-apa bayaran, sebaliknya yang membayar adalah ejen tempat saya membeli tiket."

Bolehkah keluarga saya menerima wang bayaran dari Syarikat Insurans jika berlaku kemalangan yang menyebabkan kematian saya?

Wang pembayaran dari Syarikat Insurans itu halal diterima jika berlaku sebarang kemalangan atau kematian, kerana wang itu adalah sebagai pembayaran sagu hati. Pembayaran itu merupakan hadiah kepada keluarga si mati tanpa sebarang syarat dari pihak mereka.

Adakah saya telah melakukan sesuatu yang dilarang oleh agama disebabkan ejen itu telah membayar kepada Syarikat insurans untuk melindungi saya?

Ia tidak menjadi satu kesalahan dari segi hukum kerana anda tidak meminta dibuat insurans itu dan tidak ada sebarang syarat pun. Mungkin juga anda tidak sedar adanya insurans tersebut.

Dari laman http://www.muis.gov.sg/

Hadis-hadis Nabi tentang HABBATUS SAUDA'

Assalamualaikum....
Hadis-hadis Nabi tentang HABBATUS SAUDA'

Hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah ra. Beliau pernah mendengar Rasulullah bersabda:

"Sesungguhnya Al- Habbatus Sauda' boleh menyembuh segala penyalit kecuali Al-Sam". Aku bertanya "Apakah Al-Sam itu?. Baginda menjawab, " Al-Sam itu ialah maut". (Riwayat Bukhari)

Daripada Buraidah katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Pada HABBATUS SAUDA' terdapat ubat segala penyakit kecuali mati".

Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Nu'aim dalam kitab Al-Tibb dalam himpunan hadis-hadis sahih no. 1819.

Daripada Abu Hurairah, beliau pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Pada HABBATUS SAUDA" terdapat ubat bagi segala jenis penyakit kecuali Al-Sam yakni maut".

Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari (10:118-119);Muslim(7:25);Ibnu Majah(2:342);Termizi(2:3 pada edisi Bulaq);dan Ahmad(2:241) menerusi riwayat Sufyan bin `Uyainah daripada Al-Zuhri dan Abu Salamah.

KHASIAT HABBATUS SAUDA'

HABBATUS SAUDA yang dikenali dengan nama saintifiknya Negella Sativa telah pun digunakan di merata negara sejak zaman berzaman terutama di Timur Tengah dan Timur Jauh sebagai ubat semulajadi bagi berbagai penyakit insan.

Menurut rujukan sejarah membuktikan bahawa HABBATUS SAUDA' digunakan sebagai Herba Perubatan semenjak 2000-3000 tahun Masihi. (Jan 1980, Nasimy 1984) dan literature lama Ibn Sina (Avi Cenna 1000M - 412H) dan Al-Antiki (670M - 1094H).

Ia berfungsi menguatkan sistem ketahanan badan semulajadi, mengecut semua jenis ketumbuhan, berkesan untuk mengubat batuk yang lama (kronik), selsema, sesak nafas terutama pada bronkial asma dan cardiak asma, luka-luka dihati (Cirrhosis of liver), batu karang, batu hempedu, paru-paru berair, gout, tonsilitis, gusi berdarah, gastrik, luka-luka dalam perut (Ulser), kurang penghadaman, mengandungi hormon bagi menambah kecergasan mental dan seksual serta boleh mengelakkan barah.

Ia juga dapat mengatasi semua jenis alahan dan gatal-gatal kulit, membantu menguatkan fungsi kelenjar, merenggang permukaan kulit, boleh mengatasi sakit puan (Mestris, Indomeferitis Ophoritis), senggugut melancarkan peredaran haid, berfaedah untuk sakit tuan seperti lemah tenaga batin (Premature ejaculation) membersihkan perut dari angin dan kahak. Tiada kesan sampingan dan selamat digunakan, InsyaAllah.

MUDAH UNTUK DIMAKAN DAN BERKUALITI

Kapsul Minyak HABBATUS SAUDA' ini dihasilkan daripada bijirin hitam yang bermutu tinggi dan terpilih sahaja, dirumus khas dalam bentuk kapsul mengikut ukuran dos yang telah ditetapkan dan mudah untuk dimakan, sentiasa mementingkan kawalan kualiti yang ketat sebagai jaminan terhadap ketulinan kandungannya oleh syarikat yang terkemuka yang diiktirafkan di Mesir.

HABBATUS SAUDA' adalah sejenis tumbuhan semulajadi dalam bentuk rumput kecil, mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta, mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang mana terdapat didalamnya biji HABBATUS SAUDA'. Tumbuhan ini terdapat di negara-negara Arab dan dikenali dengan berbagai nama seperti di Mesir dan negara Syam dengan nama Al-Habbatul Barakah, di Yaman dan Iran dengan nama Al syuniz, di Algeria dengan nama Sanuj dan Moroko dengan nama Basdas.

Dalam bahasa Inggeris ia dipanggil Nigella Sativa atau Black Cumin dan dalam bahasa Perancis ia dipanggil Graine Cumin Noire atau Wagella Cultiree.

Produk ini mempunyai khasiat yang amat tinggi. Ia mengandungi lebih daripada 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia.

Selain daripada itu ia diiktiraf oleh Rasulullah SAW sebagai ubat yang boleh mengubat segala jenis penyakit. Ia juga diperakui oleh `Bapa Perubatan' Ibnu Sina, Ibnu Qayyim dan Al-Baghdadi.

Ahli perubatan moden juga telah membuat kajian saintifik dan mendapati sangat berkesan terhadap pelbagai penyakit. Ia juga merupakan sejenis anti-biotik semulajadi yang cepat memberi kesan tanpa kesan sampingan yang memudaratkan.

Habbatussawda' atau bahasa Melayu JINTAN HITAM boleh di beli di kedai atau di pasar. RM 1.00 sahaja.

(Dipetik dari iklan HABBATUS SAUDA' dalam hizbi net)
Utk membeli cari iklan dalam harakah/berita minggu)

--- © pawana-timur™ ---

RAHSIA HARI ISLAM

RAHSIA HARI ISLAM

Adapun peristiwa yang berlaku pada hari yang tujuh itu:

AHAD

a) Allah menjadikan alam.
b) Allah menjadikan bintang-bintang.
c) Allah menjadikan api neraka.
d) Allah menjadikan bumi yang tujuh.
e) Allah menjadikan lautan yang tujuh.
f) Allah menjadikan anggota manusia yang tujuh.
g) Allah menjadikan hari yang tujuh.

ISNIN

a) Nabi Idris dinaikkan Allah ke langit.
b) Nabi Musa mengunjungi Bumi Tursina.
c) Bukti ke Esaan Allah diturunkan.
d) Junjungan besar Nabi Muhammad SAW dilahirkan.
e) Wahyu pertama diturunkan pada Nabi Muhammad SAW.
f) Rasullullah wafat.

SELASA

a) Nabi Yahya dibunuh.
b) Nabi Zakaria dibunuh.
c) Tukang-tukang sihir firaun ditewaskan.
d) Asiah isteri Firaun dibunuh.
e) Lembu kaum Bani Israel dibunuh.
f) Habil dibunuh oleh Qabil.

RABU

a) QArun hancur binasa.
b) Firaun dan tenteranya hancur binasa.
c) Raja Namrud ditewaskan nyamuk.
d) Umat Nabi Salleh dihancurkan dengan teriakkan keras Malaikat Jibril.
e) Syadad bin Ad musnah.
f) Umat Nabi Hud dihancurkan Allah dengan taufan.

KHAMIS

a) Nabi Ibrahim memasuki kerajaan Mesir.
b) Saudara-saudara Nabi Yusuf menemuinya.
c) Bunyamin mengunjungi Nabi Yusuf di Mesir.
d) Nabi Yaakob bertemu dengan anaknya Nabi Yusuf di Mesir.
e) Nabi Musa memasuki Mesir.
f) Nabi Muhammad s.a.w memasuki Mekah.

JUMAAT

a) Nabi Adam berkahwin dengan Hawa.
b) Nabi Yusuf berkahwin Zulaikha.
c) Nabi Yusuf berkahwin dengan Siti Safurah anak Nabi Syuaib.
d) Nabi Sulaiman berkahwin dengan Siti Balqis.
e) Rasullullah berkahwin dengan Siti Khadijah dan juga Aisyah.
f) Ali bin Abu Talib berkahwin dengan Fatimah.

SABTU

a) Nabi Nuh diperolok oleh kaumnya.
b) Nabi salleh ditipu oleh umatnya.
c) Nabi Yusuf ditipu umatnya.
d) Nabi Musa ditindas Firaun.
e) Nabi Isa diperdayakan oleh kaum Yahudi.
f) Nabi Muhammad s.a.w menjadi pengerusi di sidang Darul Nadwah.

A D I L

A D I L
" Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil.
Berlaku adilah,karena adil itu lebih dekat kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan ". - (Al Maidah: 8)

Setelah jatuhnya negeri Saamarkand kepangkuan Islam melalui Panglima Qutaibah bin Muslim, para rahib Saamarkand yang tak senang, melalui seorang utusan, mengadu kepada Amirul Mu'minin, Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Alasannya, Panglima perang tanpa memberikan pilihan dan da'wah telah menyerang dan menaklukkan mereka. Utusan diterima khalifah, dan ditulislah surat kepada Gubernur Saamarkand agar mengadakan pengadilan untuk menyelesaikan masalah itu.

Para rahib Saamarkand manakala mengetahui isi surat khalifah langsung pucat pasi, fajar harapan pupus. Mereka mengira Raja yang adil itu telah memutuskan segalanya dan membela mereka.
Ternyata yang ada hanyalah sebuah pengadilan. Adakah arti sebuah pengadilan, sebagai institusi keadilan, kalau rodanya dijalankan pihak kuat dan pihak terdakwa menjadi hakim. Masih adakah keadilan, adakah harapan menang ?

Akhirnya hari pengadilan pun datang. Semua pihak telah siap. Duduk bersila, di tengah, qadli Jami bin Hadlir al Baji, yang dipilih oleh gubernur. Kecut hati para rahib memandang qadli kurus, bermuka pucat dan bersorban lusuh, tak ada harapan menang melihat qadli yang nampaknya lemah juga pilihan gubernur, pilihan terdakwa. Gubernur dan ketua rahib dipanggil namanya tanpa embel- embel oleh pembantu qadli untuk menghadap.

"Apa yang anda adukan ?", tanya qadli pada ketua rahib, dengan suara tegas. "Sesungguhnya Panglima Qutaibah telah mencaplok negeri kami, dia merebutnya tanpa memberikan pilihan atau da'wah terlebih dahulu pada kami".

Qadli menoleh pada gubernur seraya bertanya, "Bagaimana tanggapan anda ? Apakah terlebih dahulu anda tawar- kan 3 pilihan; masuk islam, bayar jizyah, atau perang ?". "Tidak", jawab gubernur. "Kalau begitu anda telah mengaku",kata qadli.

"Sesungguhnya Allah hanyalah memberikan kemenangan kepada ummat ini jika mereka mengikuti Allah dan RasulNya dan menjauhi penghianatan terhadap siapapun. Demi Allah kita keluar dari rumah masing-masing hanyalah untuk satu tujuan: jihad fi sabilillah. Kita tidak keluar untuk menguasai dunia dengan cara yang bathil.

Maka aku putuskan: kaum Muslimin harus meninggalkan negeri ini, setelah itu baru kaum Muslimin menga jak mereka kepada islam, kalau menolak mereka harus membayar jizyah dan keamanan mereka dijamin, kalau masih tetap menolak maka maklumatkanlah perang".

Para rahib Saamarkand setengah percaya, seperti mimpi mendengar keputusan qadli kurus yang berwibawa. Mereka melongo, terkesima manakala bunyi terompet pasukan kaum Muslimin segera akan meninggalkan negeri mereka. Mereka membayangkan dunia mereka yang sempit, papa, penuh kelicikan, dan kecurangan, sedang dunia islam luas, subur, semarak, indah dengan keadilan, kemuliaan dan ketaatan pada hukum Allah. Apa yang bisa dibanggakan dari dunia mereka yang gelap dan mencekam ? Keraguan menusuk sangat dada para rahib Saamarkand.

"Bagaimana pendapat kalian kalau pasukan kaum Muslimin kembali lagi ?", tanya ketua rahib pada penduduk. Tanpa menunggu pertanyaan diulang serentak mereka menjawab, "Kami akan masuk islam yang agung dan penuh keadilan". Mereka mencegah kepergian pasukan kaum Muslimin dan berharap kaum Muslimin membantu mere- kan untuk membangun negeri Saamarkand dan meneranginya dengan cahaya Islam. Sungguh keadilan Islam telah menyinari hati mereka.

Inilah dien, yang lurus, ditegakkan dengan nilai "langit" yang luhur, dan tegak untuk nilai itu. Kemenangan, kekuasaan bukanlah tujuan. Sabilillah adalah jalan untuk menegakkan nilai bukan un- tuk menegakkan pengaruh dan kekuasaan. Maka melanggar keadilan, melanggar aturan Allah dan RasulNya untuk menegakkan islam samalah artinya dengan membangun masjid dari uang judi; tak dipandang manusia apalagi oleh Allah Yang Maha Mengetahui setiap amaliah manusia.

Keadilan. Inilah ciri akhlaq islami yang menerangi hati dan meyelamatkannya dari kesempitan dan ketakutan. Yang mesti diberlakukan meski kepada kaum yang kita benci. Berlaku adil bukanlah karena ia ditujukan untuk orang yang kita suka, untuk sesama Muslim, tetapi karena ia sebuah nilai hidup yang mesti di kejawantahkan baik terhadap kawan atau lawan. Suatu nilai islami yang Allah turunkan sebagai pedoman hidup kaum Muslimin. Justru cahaya adil memancar terang manakala orang yang kita benci seka- lipun menerima keadilan dari kita. Inilah islam, dien Allah yang mengagumkan.

Untuk melangan nasihat sila hantarkan email kepada nasihat@iname.com.Nama samaran adalah dibenarkan.

BILA RASULULLAH SAW MENJENGUK KITA

BILA RASULULLAH SAW MENJENGUK KITA
************************************************
Bayangkan apabila Rasulullah SAW dengan seijin Allah SWT
tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita .......
Beliau datang dengan tersenyum dan muka bersih di muka pintu
rumah kita.
Apa yang akan kita lakukan?
Mestinya kita akan sangat berbahagia, memeluk beliau
erat-erat dan lantas mempersilahkan beliau masuk ke ruang tamu kita.
Kemudian kita tentunya akan meminta dengan sangat agar
Rasulullah SAW sudi menginap beberapa hari di rumah kita.
Beliau tentu tersenyum .....
Tapi barangkali kita meminta pula Rasulllah SAW menunggu
sebentar didepan pintu karena kita teringat video CD rated R18+ yang ada
di ruang
tengah dan kita tergesa-gesa memindahkan dahulu video tersebut ke dalam.

Beliau tentu tetap tersenyum ......
Atau barangkali kita teringat akan lukisan wanita setengah
telanjang yang kita pajang di ruang tamu kita, sehingga kita terpaksa
juga
memindahkannya ke belakang secara tergesa-gesa.
Barangkali kita akan memindahkan lafal Allah dan Muhammad
yang ada di ruang samping dan kita meletakkannya di ruang tamu.
Beliau tentu tersenyum.....
Bagaimana bila kemudian Rasulullah SAW bersedia menginap di
rumah kita?
Barangkali kita teringat bahwa anak kita lebih hapal lagu
barat daripada menghapal Sholawat kepada Rasulullah SAW.
Barangkali kita menjadi malu bahwa anak-anak kita tidak
mengetahui sedikitpun sejarah Rasulullah SAW karena kita lupa dan lalai
mengajari anak-anak
kita.
Beliau tentu tersenyum .....
Barangkali kita menjadi malu bahwa anak kita tidak mengetahui
satupun nama keluarga Rasulullah dan shahabatnya tetapi hapal di luar
kepala mengenai anggota Power Rangers atau Kura-kura Ninja.
Barangkali kita terpaksa harus menyulap satu kamar menjadi
ruang Shalat.
Barangkali kita teringat bahwa perempuan di rumah kita tidak
memiliki koleksi pakaian yang pantas untuk berhadapan kepada
Rasulullah SAW.
Beliau tentu tersenyum .......
Belum lagi koleksi buku-buku kita dan anak-anak kita.
Belum lagi koleksi kaset kita dan anak-anak kita.
Belum lagi koleksi karaoke kita dan anak-anak kita.
Kemana kita harus menyingkirkan semua koleksi tersebut demi
menghormati junjungan kita ?
Barangkali kita menjadi malu diketahui junjungan kita bahwa
kita tidak pernah ke masjid meskipun azan berbunyi.Beliau tentu
tersenyum
Barangkali kita menjadi malu karena pada saat maghrib
keluarga kita malah sibuk di depan TV.
Barangkali kita menjadi malu karena kita menghabiskan hampir seluruh
waktu kita untuk mencari kesenangan duniawi.
Barangkali kita menjadi malu karena keluarga kita tidak
pernah menjalankan sholat sunnah.
Barangkali kita menjadi malu karena keluarga kita sangat
jarang membaca AlQuran.
Barangkali kita menjadi malu bahwa kita tidak mengenal
tetangga-tetangga kita.
Beliau tentu tersenyum ......
Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah SAW menanyakan
kepada kita siapa nama tukang sampah yang setiap hari lewat di depan
rumah kita.
Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah SAW bertanya tentang nama
dan
alamat tukang penjaga masjid di kampung kita.
Betapa senyum beliau masih ada di situ ......
Bayangkan apabila Rasulullah SAW tiba-tiba muncul di depan pintu rumah
kita...
Apa yang akan kita lakukan?
Masihkah kita memeluk junjungan kita dan mempersilakan beliau masuk
dan menginap di rumah kita?
Ataukah akhirnya dengan berat hati,
kita akan menolak beliau berkunjung ke rumah karena hal itu
akan sangat membuat kita repot dan malu.
Maafkan kami ya Rasulullah .........
Masihkah beliau tersenyum ?
Senyum pilu, senyum sedih dan senyum getir....
Oh betapa memalukannya kehidupan kita saat ini di mata
Rasulullah

Ulama dan Politik

Ulama dan Politik.....
Ulama' itu ialah mereka yang takut hanya kepada Allah dari kalangan mereka yang diberi pengetahuan dan kefahaman oleh Allah Azza Wajalla tentang Islam yang lengkap dan syumul itu. Untuk menjelaskan perkara ini Allah berfirman surah Fatir ayat 28 yang bermaksud "Hanyasanya yang takut kepada Allah dari kalangan hamba-hambaNya ialah ulama."

Untuk menentukan kedudukan mereka di dalam Islam. Allah berfirman lagi dalam surah Az-Zumar ayat 9 yang maksudnya: "Katakan (wahai Muhammad) apakah sama golongan yang berilmu dengan tidak berilmu, sesungguhnya yang mempunyai aqal fikiran yang waras sahaja yang selalu ingatkan perintah Allah".

Firman Allah lagi yang bermaksud: "Allah mengangkat darjat orang yang beriman dan golongan yang berilmu pengetahuan dan Allah amat mengetahui apa yang kamu kerja- kan". (Surah Al-Mujadalah ayat 11). Untuk menjelaskan perkara-perkara yang sama, Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Sesiapa yang melalui sesuatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, Allah memudahkan baginya jalan ke syurga dan sesungguhnya para malaikat meletakkan sayapnya untuk penuntut ilmu kerana berpuas hati dengan perbuatannya, dan sesungguhnyaa orang-orang yang alim itu meminta ampun baginya oleh sekalian yang ada di langit dan di bumi sehinggalah ikan-ikan di air turut meminta ampun baginya.

Dan kelebihan orang alim berbanding dengan orang yang beribadah seperti kelebihan bulan berbanding sekalian bintang. Dan para ulamak itu adalah pewarisnya kepada para nabi, dan sesungguhnya para Nabi itu tidak meninggalkan emas dan perak malahan mereka meninggalkan ilmu pengetahuan. Sesiapa yang menerimanya maka ia mendapat bahagian yang cukup sempurna."

Ternyata daripada pembincangan di atas bahawa ulama' itu mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah. Rasulullah s.a.w meletakkan mereka sebagai pewarisnya para Nabi. Pewarisnya para nabi bermaksud "...ganti di dalam urusan menjaga agama dan mentadbir dunia dengannya".

Islam menghendaki supaya para ulama' menjadi pengganti nabi dalam urusan mentadbir dunia dan menjaga agama. Itulah yang difahami oleh para sahabat nabi dan para cerdik pandai Islam.Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Umar Ibnul Khatab, Uthman Affan, Ali Bin Abi Talib dan lain-lain daripada khulafa' mengambil tempat Baginda Rasulullah s.a.w dalam urusan yang kita sebutkan di atas. Justeru itu, para cerdik pandai Islam yang menulis buku di bidang sakhsiah dan pentadbiran Baginda menyatakan bahawa jawatan-jawatan penting di dalam negara seperti khalifah, perdana menteri dan para hakim hendaklah disandang oleh para ulama' mujtahidin dari kalangan umat Islam.

Hal ini saudara akan dapati bila saudara-saudara membaca buku-buku yang ditulis oleh Imam Asy-Syafie, Al-Marbawi, Abu Ya'la, Ibnu Khaldun,Imam Haraimani, Imam Al- Ghazali dan lain-lain.Tertolak dari kajian-kajian dan kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh para alim ulama' yang muktabar di zaman silam maka para penulis dan penganalisa Islam di zaman sekarang ini membuat beberapa rumusan antara lain:

1. Pemerintahan Islam itu adalah pemerintahan yang berasaskan agama. Hal ini antara lainnya diasaskan kepada kata-kata Imam Al-Ghazali "Agama itu asas dan kerajaan itu pengawal. Maka sesuatu yang tidak mempunyai asas ia akan tumbang dan sesuatu yang tidak ada pengawalnya ia akan hilang."

2. Ia merupakan kerajaan yang dipandu oleh para ulama'. Hal ini adalah dipetik dari beberapa rumusan yang dibuat oleh para cendekiawan Islam yang mengatakan bahawa mengetahui syariat Islam sampai kepada peringkat ijtihad adalah salah satu daripada syarat-syarat kelayakan untuk menjadi ketua negara, perdana menteri dan hakim di dalam negara Islam.Dan hendaklah kamu menjalankan hukum (pemerintahan) di kalangan mereka berdasarkan kepada apa yang diturunkan oleh Allah.

Siapakah yang lebih arif tentang apa yang diturunkan oleh Allah kalau tidak para ulama'. Piagam Madinah jelas menyatakan bahawa rujukan kepada kerajaan Islam itu ialah kitab Allah dan Sunnah Rasulullah. Maksudnya:"Dan sesungguhnya apa jua yang berlaku di kalangan mereka yang menandatangani piagam ini, yang khuatiri berlaku kerosakan/ kehuruharaan maka kitab Allah dan sunnah RasulNya menjadi rujukan. "

Mengimbas kembali kepada apa yang dibentang dan apa yang berlaku di zaman Rasululullah s.a.w. dan zaman para Khulafa Ar- Rayidin mengajak kita berfikir dan membuat rumusan tentang kedudukan ulama' di dalam politik di sesebuah negara. Ia bukan sekadar melibatkan diri di dalam politik malahan menjadi tunggak kepada kepimpinan negara.

Hal ini jelas apabila Al-Imam Al-Mawardi mengatakan antara lain " Apabila berlaku kekosongan jawatan ketua negara maka dua golongan masyarakat haruslah tampil ke hadapan untuk mengisi kekosongan itu. Golongan pertama ialah golongan yang mempunyai kelayakan menjadi calon (ketua negara) manakala golongan kedua pula ialah golongan yang layak menjadi penapis calon. Golongan yang layak menjadi calon sudah barang tentu dari kalangan ulama' kerana salah satu daripada syarat-syarat kelayakan itu ialah memahami syariat sampai ke peringkat ijtihad".

Golongan ulama' bukan sekadar menjadi penasihat kepada negara/kerajaan tetapi mereka adalah pemegang polisi dan pelaksana kepada dasar negara.

Perancangan mengenai kedudukan ulama' dan keterlibatan mereka dalam politik tanahair berlaku apabila negara-negara umat Islam disekularismakan oleh penjajah.

Merekalah yang memisahkan agama dan politik. Mereka mendualismakan cara hidup umat Islam. Satu cara hidup perseorangan dan kekeluargaan dan satu lagi cara hidup bernegara.

Mereka mengekalkan cara hidup kekeluargaan mengikut hukum-hakam Islam, manakala cara hidup bernegara mereka pisahkan daripada Islam. Hal ini menjadikan sistem politik, pentadbiran, perundangan pendidikan, kemasyarakatan, perekonomian dan lain-lain di negara umat Islam dipisahkan daripada sistem Islam.

Justeru itu dalam sesebuah negara umat Islam hari ini diwujudkan dua penasihat: penasihat agama yang dinamakan mufti dan satu lagi penasihat undang-undang.Namun demikian para mufti tidak diberi apa-apa kuasa/peranan yang mustahak di dalam sesebuah negara. Mereka tidak dianggap orang penting. Pandangan mereka tidaklah wajib ditaati oleh kerajaan berbeza dengan penasihat undang-undang/peguam negara.

Ekoran daripada itu institusi ulama' tidak diberi penghargaan dan penghormatan yang sewajarnya.

Dalam keadaan begini ulama' pula berpecah kepada beberapa golongan. Hal ini bolehlah kita dapati di dalam perbincangan yang selanjutnya.

Ulama Islam Di Zaman SekarangUlama' kita di zaman sekarang bolehlah dibahagikan kepada lima kumpulan:

1) Ulama' yang baik, bertaqwa, ikhlas, amalan dan ibadat mereka semata-mata kepada Allah. Namun demikian mereka mengasingkan diri daripada dunia. Mereka tidak mengambil tahu tentang permasalahan orang Islam walaupun sedikit.

Mereka saling tak tumpah seperti ahli-ahli tasawuf di zaman mutakhir Islam iaitu tasawuf yang negatif yang mengasingkan diri daripada dunia. Mereka melihat bahawa menjauhi diri daripada dunia adalah satu jalan selamat untuk mereka dan suatu amalan bertaqarrub kepada Allah Azza Wajalla.

Oleh kerana itu terdapat terlalu ramai dari kalangan orang-orang Islam dewasa ini yang menjadi mangsa kepada segala taghut dan sizalim.Ulama' tidak mengambil tanggung- jawab dalam mempertahankan orang-orang Islam samada pada hak-haknya, aqidahnya, kemuliaannya, kehormatannya dan lain-lain lagi.

Taghut (yakni pemerintah yang mementingkan diri sendiri sifat mengumpul harta dgn cara yang tak baik,menghalalkan arak dan judi,riba ,maksiat , menolak hukum Allah dan sebagainya) terus bermaharajalela tanpa mendengar sebarang peringatan dan nasihat untuk berbuat kebaikan.Sepatutnya para alim ulama' memberitahu betapa si zalim akhirnya pasti akan mendapat tentangan yang hebat daripada rakyatnya.

Kumpulan ulama' seperti ini terus membuang amalan yang dilakukan oleh orang yang terdahulu dari mereka. Walau apa pun yang terjadi mereka tidak bersedia untuk turun ke medan demi untuk menghayati firman Allah sebagaimana yang dinyatakan dalam surah Ali-Imran:104. Dan untuk menghayati sabda junjunganNya.

2- Golongan yang sangat setia kepada Islam, cemburu kepadanya namun begitu mereka terlalu baik hati, niat mereka terlalu ikhlas. Mereka memberikan penilaian bahawa setiap orang yang mencium tangannya, menghadirkan diri di dalam majlis zikir serta menghadiri jemputan mereka sebagai orang yang cintakan agamanya.

Justeru itu ramai di kalangan penipu yang berjaya menipu ulama' yang seperti ini. Mereka dikurniakan untuk berkhutbah di masjid-masjid, di majlis-majlis kempen pilihan raya untuk memberi sokongan kepada "fikr" (individu) tertentu.

Tulisan-tulisan mereka memihak dan memuja-muja orang-orang tertentu pada hal orang yang dipuji adalah orang yang paling ketat permusuhannya dengan Islam, kalau mereka mempunyai sedikit sifat "huzr" sudah barang tentu mereka tidak dapat diperalatkan oleh golongan itu.

3) Mereka yang sangat cintakan agama, cemburu kepadanya. Mereka menjalankan amar ma'ruf dan nahi mungkar, akan tetapi mereka lupa kepada ruh as-syariah dan risalahnya di bidang kemasyarakatan dan sosial. Mereka terlalu mengambil berat tentang solat, siam dan lain-lain syiar agama namun begitu mereka tidak mengambil "haqna" tentang maqasid asy-syariah. Mereka tidak begitu mengambil peduli bahawa solat, siam, dan lain-lain syiar Islam sebagai pusat latihan untuk manusia, latihan moral, hati dan lain-lain.

Oleh kerana itu kita dapati mereka ini berlumba-lumba menunaikan solat bila mendengar azan namun demikian mereka masih memakan riba, mereka masih menjadi si zalim, pengkhianat bangsa dan negara. Mereka bermusuh dengan lelaki yang memakai emas tetapi terus membisu terhadap pemerintah yang tidak melaksanakan hukum-hukum syariah dan terlibat dengan rasuah.

Jika mereka ditanya siapa yang lebih besar dosanya di sisi Allah, yang memakai cincin emas atau pemimpin yang tidak menjalankan hukum Allah? Mereka sudah tentu akan menjawab bahawa pemerintah yang tidak menjalankan hukum Allah itu lebih besar dosanya. Tetapi mereka terus membisu.

4) Ulama' jahat Mereka mencari makan dengan menggunakan agama dan mempergunakan syariat. Mereka menghampiri semua taghut, bersahabat dengan semua yang jahat dan zalim, mereka terus menyokong golongan tersebut. Islam tercabar oleh mereka.

Gerakan Islam difitnah oleh mereka. Mereka tidak merasa malu untuk mengatakan bahawa perjuangan untuk menegakkan Islam adalah perjuangan sesat, pecah belah masyarakat, keterlaluan dan tidak sederhana dan sebagainya.

Pada mereka dikata orang: Si fasiq yang melakukan segala maksiat kerana untuk mendapat harta dan
kelazatan hidup dunia lebih bertaqarrub kepada Allah berbanding dengan si alim yang menjadi pengampu kepada segala yang taghut. Mereka mengkhianati Allah dan RasulNya serta amanah kaum muslimin. Mereka mengkhianati amanah ummah dengan memberi sokongan kepada si penjenayah.

5) Ulama' muslihun harkiyun Mereka memahami bahawa Islam satu cara hidup yang membawa kesejahteraan kepada manusia. Islam pembebas ummah daripada memperhambakan diri kepada yang lain daripada Allah. Mereka ini berhempas pulas berusaha untuk mengajak ummah kembali menghayati syariatnya di samping mengajak ummah manusia seluruhnya menganut agama Islam.

Keterlibatan mereka di dalam kerja-kerja Islam sangat kelihatan. Begitu juga dalam kancah politik tanah air tidak dapat dinafikan lagi. Mereka memberi kesedaran betapa perlunya umat Islam membebaskan diri dari belenggu penjajahan samada penjajahan politik, ekonomi, pemikiran dan lain-lain lagi.

Hampir keseluruhan negara umat Islam mencapai kemerdekaan melalui usaha-usaha mereka yang gigih itu, namun demikian usaha mereka untuk menjadikan umat menghayati syariatnya dalam semua aspek belum mendapat kejayaan.

Ini adalah disebabkan kerana negara-negara umat Islam meminggirkan para ulama' daripada pentadbiran dan pemerintahan negara selepas mencapai kemerdekaan. Akhirnya mereka menjadi musuh buruan oleh pemerintah yang juga mengaku ianya Islam.

Atas nama Islam mereka ditangkap, dipenjara dan berbagai-bagai lagi.Mereka bukan sahaja dikecam oleh pemerintah tetapi juga oleh golongan ulama' yang boleh dipergunakan oleh pemerintah.

Kalau golongan ulama' yang pernah digunakan oleh para pemerintah sedar, lebih-lebih lagi jika dikaitkan dengan situasi yang ada sekarang ini, maka sudah tentu mereka dapat mengerti bahawa yang sebenarnya menjadi musuh kepada kerajaan warisan penjajah itu ialah Islam.

Siapa sahaja yang ingin melaksanakan Islam - yang hendak menerangkan Islam seperti mana yang dilaksana dan diterangkan oleh al-Quran dan as-Sunnah - pasti akan mendapat tentangan daripada kerajaan warisan itu.

Justeru itu para alim ulama' hari ini haruslah memahami betul-betul sabda junjungan kita s.a.w.:Maksudnya:"Bandingan orang yang tegak lurus di atas landasan syariat dengan orang yang melanggarnya, saling tak tumpah seperti suatu kumpulan yang sama-sama memberi saham di dalam membeli/menaiki sebuah bahtera.

Satu golongan mendapat di bahagian bawah dan satu golongan lagi mendapat di bahagian atas. Kumpulan yang berada di bahagian bawah apabila mengingini air terpaksa menaiki tingkat atas dan menyusahkan kawan-kawan mereka. Lalu mereka berfikir sekiranya bahagian mereka di sebelah bawah dibocorkan senanglah mereka mendapat air (tidak payah naik ke tingkat atas lagi) Kalau sekiranya kehendak mereka diberikan nanti semua mereka akan mati, tetapi sebaliknya kalau kehendak mereka itu disekat semua orang akan selamat."

Betapa jelasnya hadith ini menerangkan kepada kita kalau sekiranya golongan perosak itu dibiarkan berkuasa sudah barang tentu agama kita dimusnahkan dan negara kita akan dihancurkan. Jalan selamat ialah para alim ulama' haruslah bersatu mengemblengkan tenaga dan fikiran untuk menangani masalah politik tanah air.

Mungkin orang akan mempersoalkan apakah yang boleh dilakukan oleh para ulama'?

Banyak sekali kerja yang boleh dilakukan oleh para ulama' di dalam menangani keadaan yang ada sekarang ini.

Antara lain:

1) Bertindak menjelaskan Islam dari semua sudut dan aspek kepada semua lapisan masyarakat.

2) Mengadakan perbandingan yang rapi dan terperinci antara Islam dan yang bukan Islam dalam semua aspek seperti ekonomi, undang-undang, politik, pentadbiran, pemerintahan dan sebagainya.

3) Menghapuskan segala kekeliruan yang diperlakukan kepada Islam.

4) Mentarbiyyah dan mendidik orang-orang Islam supaya benar-benar mengerti Islam dan perjuangan untuk menegakkan Islam.

5) Menyusun rapi segala tenaga yang telah dididik supaya semuanya berfungsi dan berperanan.

6) Menjadi benteng kepada Islam untuk menghadapi segala cabaran golongan taghut dan seterusnya mengundurkan golongan tersebut dari kerusi masing-masing melalui cara-cara yang dihalalkan oleh undang-undang.

7) Melibatkan diri dalam semua kegiatan kemasyarakatan dan politik tanah air.

8) Menjaga batas-batas iman dan kufur.

© pawana-timur™

10 WASIAT HASSAN AL-BANNA

10 WASIAT HASSAN AL-BANNA

· Apabila mendengar azan , bangunlah sembahyang serta merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

· Bacalah Al Quran atau tatapilah buku - buku , atau pergilah mendengar perkara - perkara yang baik atau amalkanlah zikirullah dan jangan sama sekali membuang masa kepada perkara -perkara yang tidak berfaedah.

· Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa arab yang betul.

· Janganlah banyak bertengkar dalam apa jua perkara sekalipun.

· Jangan banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang dan tenteram.

· Jangan bergurau kerana umat yang senang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh - sungguh dalam semua perkara.

· Jangan bercakap lebih nyaring daripada yang dikehendaki oleh pendengar.

· Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan jangan bercakap melainkan apa - apa yang boleh memberi kebajikan.

· Berkenal - kenallah dengan setiap saudara muslim sekalipun tidak meminta untuk berkenalan.

· Kewajipan - kewajipan kita adalah lebih banyak daripada masa yang ada pada kita.

PERINGATAN IMAM AL-GHAZALI

PERINGATAN IMAM AL-GHAZALI
Assalamualaikum: Kehidupan kita seharian memang tidak dapat memisahkan diri dari pemerintah/pemimpin. InsyaAllah, tazkirah dari Imam Al Ghazali di bawah ini dapat dijadikan iktibar supaya dapat memelihara diri dari kemurkaan Allah.

1. Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, malah jangan bertemu dengan mereka. Bejumpa dan bergaul dengan mereka banyak padahnya. Dan sekiranya kamu terpaksa, maka jangan sekali-kali memuji mereka. Kerana Allah amat murka sekiranya orang fasik dan zalim dipuji. Dan sesiapa yang mendoakan panjang umur mereka, maka dia sebenarnya suka agar Allah didurhakai di muka bumi.

2. Jangan menerima apa-apa pemberian daripada golongan pembesar, walaupun kamu tahu pemberian itu adalah dari sumber yang halal. Sikap tamakkan pemberian mereka akan merosakkan agama. Dari situ akan timbul rasa simpati terhadap mereka. Kamu akan mula menjaga kepentingan mereka dan berdiam diri terhadap kezaliman yang mereka lakukan. Ini semua akan merosakkan agama.

Dan sekecil-kecil mudarat ialah apabila kamu menerima pemberian mereka, kamu akan merasa sayang terhadap mereka. Seterusnya kamu akan mendoakan agar mereka kekal lama pada kedudukan mereka. Mengharapkan seseorang yang zalim itu kekal lama pada tempatnya, adalah seperti mengharapkan kezaliman terus berpanjangan ke atas hamba-hamba Allah dan agar alam ini musnah sepenuhnya.

Apa lagi yang lebih buruk daripada itu terhadap agama ini?

Kamu juga harus berwaspada agar tidak disesatkan oleh syaitan melalui kata-kata sebahagian manusia kepadamu, "Lebih baik kau ambil wang yang mereka berikan itu. Kamu boleh membahagikannya kepada fakir miskin. Kalau engkau biarkan mereka membelanjakan wang tersebut, sudah tentu mereka menggunakannya untuk kemaksiatan."

Sesungguhnya ramai manusia telah disesatkan oleh syaitan dengan cara ini. Semuanya telah termaktub di dalam kitab Ihya': carilah di sana.

(dipetik dari: PERINGATAN IMAM AL-GHAZALI, m/s 49-50)

--- pawana-timur ---

TAULADAN MELALUI KEPIMPINAN

Cuaca di luar sungguh panas terik. Ketika itu Sayidina Usman bin Affan sedang berehat di rumahnya. Dari tingkap rumahnya dia melihat seorang lelaki yang sudah berumur berjalan terhoyong hayang menutupi mukanya dari kepanasan dan debu. Sayidina Usman kehairanan. Siapakah lelaki yang sanggup berjalan di tengah panas itu sedangkan orang lain semuanya berteduh. Pasti dia sedang dalam kesusahan.

Kemudian, lelaki itu kelihatan memegang seekor sapi pada tali kekangnya. Sayidina Usman memanggil lelaki yang tidak dikenali itu supaya berlindung di rumahnya dari panas yang membara.

Setelah lelaki itu tiba di halaman rumahnya, Sayidina Usman terperanjat kerana rupa-rupanya dia adalah Amirul Mukminin, Khalifah Umar Al-Khattab. Sayidina Usman segera keluar dari rumahnya dan bertanya, "Engkau dari mana wahai Amirul Mukminin?"

Sayidina Umar menjawab, "Sebagaimana yang engkau lihat aku sedang mengheret sapi ini."

"Siapakah pemiliknya?" tanya Sayidina Usman dengan hairan. Sebab biasanya Sayidina Umar tidak begitu merisaukan harta bendanya.

"Ini adalah kepunyaan anak-anak yatim yang telah terlepas dari kandangnya dan berlari di jalan. Aku telah mengejarnya sehinggalah sekarang telah pun tertangkap."

Sayidina Usman bertanya lagi, "Tidak adalah orang lain yang boleh melakukan pekerjaan itu tanpa engkau sendiri sebagai seorang khalifah?"

Sayidina Umar menjawab dengan tegas, "Siapakah yang bersedia menebus dosaku di hari perhitungan nanti? Mahukah orang itu memikul tanggungjawabku di hadapan Tuhan? Kekuasaan adalah amanah bukan kehormatan."

Sayidina Usman mencadangkan supaya khalifah berhenti berehat sebentar sementara menunggu cuaca agak redup. Namun Sayidina berkata, "Kembalilah ke rumahmu, biarlah aku selesaikan kewajipanku."

Maka Khalifah Umar Al-Khattan pun meneruskan perjalannya. Sayidina Usman hanya melihatnya pergi dengan air mata membasahi pipi. "Engkau merupakan cermin sebagaimana seharusnya menjadi kewajipan seorang pemimpin negara dan merasa berat dirasakan oleh khalifah selepasmu."

Pemimpin yang beriman merasa bimbang dengan jawatan yang disandangnya kerana tanggungjawabnya sungguh berat. Berbeza dengan manusia kini yang berlumba-lumba inginkan jawatan supaya dapat menggunakan kuasa dan wang yang ada padanya.

--dipetik dari buku "87 Kisah-Kisah Teladan karangan Ummu Juwairiah"

kisah mufti yang ambik sekerat2 sahaja pasal hukum?

7:55 PM / Dicatat oleh SANTAi / ulasan (0)

Mufti Perak, Harussani Zakaria yang berada di Mekah mengerjakan umrah menggunakan kesempatan beribadah untuk mengkritik satu keputusan politik yang diambil Pakatan Rakyat berhubung mengadakan puasa sunat/mogok lapar selama tiga hari mulai Selasa depan.

Pendirian beliau sebagai seorang ulama terkemuka dan dihormati rakyat Perak selama ini akan terus tercalar dan menghakis saki baki kehormatan yang ada pada beliau apabila kenyataan beliau kebelakangan ini banyak mirip kepada mempertahankan kepentingan Umno dan Barisan Nasional.

Sebelum ini beliau diminta untuk memberi pandangan mengenai penggunaan bomoh untuk menjampi Dewan Undangan Negeri Perak sebelum sidang 7 Mei yang lepas namun beliau memilih untuk membisu seribu bahasa.

Begitu juga sikap beliau yang tidak mahu memberi komen mengenai budaya kuning yang berleluasa semasa penganjuran Jom Heboh di Lumut bulan lalu. Beliau jugalah yang mengeluarkan bahawa acara Jom Heboh tersebut adalah haram di sisi Islam beberapa tahun lalu tetapi menutup mulut apabila Umno dan Barisan Nasional mendalangi rampasan kuasa sejak Februari lalu.

Bagaimana pun Harussani begitu cepat memberi "fatwa" mengkritik tindakan-tindakan pro-rakyat yang diambil oleh Pakatan Rakyat Perak di bawah pimpinan Nizar Jamaluddin.

Seperti keputusan Mahkamah Rayuan yang mmembenarkan permohonan Dr Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamamah Tinggi dalam tempoh kurang daripada empat jam setelah permohonan dikemukakan, Harussani juga mengikut jejak langkah yang sama apabila membidas keputusan Pakatan Rakyat itu tidak sampai beberapa jam setelah pengumuman dibuat.

Apabila dihubungi melalui talipon beliau begitu pantas sekali beliau memperlecehkan semangat rakyat Perak untuk menegakkan amalan demokrasi di negeri mereka yang telah dinodai oleh Umno dan BN.

Beliau berkata Pakatan Rakyat sepatutnya menerima keputusan itu dengan hati terbuka dan tidak menimbulkan masalah apabila keputusan itu tidak memihak kepada bekas Menteri Besar.

"Kenapa hendak datangkan masalah, kalau menang belah dia tidak apa tetapi apabila kalah hendak bangkang," katanya ketika dihubungi media semasa berada di Mekah Jumaat lalu.

"Dia punya pasal lah, tidak ada kena mengena dengan hukum Islam tetapi kalau keputusan mahkamah begitu, haramlah hukumnya,".

Harussani lebih senang mengeluarkan fatwa mengharamkan apa sahaja tindakan Pakatan Rakyat yang berjuang untuk rakyat dan memihak kepada keputusan badan kehakiman walaupun keputusannya dipersoalkan banyak pihak.

Mungkin Mufti Perak itu patut dipertimbangkan sebagai calon Umno untuk bertanding di pilihan raya akan datang memandangkan beliau lebih sayang kepada Umno dan BN daripada mempertahankan hak rakyat.- tv antara