Innovative PPC platform.

Amalan murah rezeki

Amalan murah rezeki

1) Sentiasa bertakwa kepada Allah.

Firman Allah dalam surah Al-Talaq, 2-3. " barang Siapa yang bertakwa kepada
Allah, nescaya Dia menjadikan jalan keluar (daripada kesusahan) Dan Dia
(Allah) memberi rezeki kepadanya dari (sumber) yang tidak pernah diduganya.
Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah, Allah mencukupkan
keperluannya. Sesungguhnya Allah itu melaksanakan kehendakNya.
Sesungguhnya Allah mengadakan ukuran segala sesuatu.

2) Berbakti kepada ibu bapa.

Rasulullah s.a.w. bersabda "Sesiapa yang berbuat baik kepada kedua
ibu-bapanya nescaya sungguh bahagia hidupnya. Allah akan panjangkan umurnya
(apabila umur panjang rezeki juga bertambah). [Hadith Riwayat Bukhari dan
Hakim, daripada Mu'az bin Anaz.]

3) Menjalinkan Silaturrahim

Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya dan
dipanjangkan umurnya hendaklah dia menghubungkan silaturrahim" [Hadith
Riwayat Bukhari]

4) Bagun Pagi

Sabda Rasullulah s.a.w. lagi "bersegeralah mencari rezeki dan keperluan
hidup, kerana berpagi-pagi mencari rezeki itu adalah mendapat barakah dan
kejayaan" [Hadith Riwayat Ibnu 'Adi daripada 'Aisyah]

5) Melazimkan membaca surah Al-Waqi'ah

Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa membaca Surah al-Waqi'ah pada tiap-taip
malam, nescaya terhindar daripadanya kepapaan" [Hadith Riwayat Bukhari]

6) Solat Dhuha

Melazimkan solat Dhuha, maka sesetengah daripada fadhilat ialah menyebabkan
murah rezeki atas orang-orang yang melakukannya.Cuba amati makna doa ..

** Tips di atas hanya untuk orang RAJIN sahaja. Ia juga berbentuk amalan dan
perlukan istiqamah.



From Berita Harian Gantung jawatan jika didakwa

Gantung jawatan jika didakwa
Oleh Norfatimah Ahmad, Anwar Hussin dan Norliza Wasilan
bhnews@bharian.com.my

NAJIB bersama Muhyiddin ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MT Umno di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR: Berkuat kuasa serta-merta, pemimpin Umno di semua peringkat yang didakwa di mahkamah atas pelbagai kesalahan secara automatik akan digantung semua jawatannya dalam parti.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, berkata peraturan baru itu diputuskan selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) semalam meneliti cadangan yang dikemukakan Jawatankuasa Pengurusan parti.

"Sekiranya pemimpin itu berjaya dalam proses mahkamah, iaitu didapati tidak bersalah, maka jawatannya dikembalikan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat MT di Ibu Pejabat Umno di sini.

Perdana Menteri juga mengumumkan persetujuan MT menambah ahli Lembaga Disiplin Umno, termasuk Panel Siasatan, Tribunal dan Panel Rayuan.

Antara ahli baru lembaga itu ialah bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Ismail Said; peguam Datuk Zuraidah Atan; bekas Penolong Kanan Penguasa Badan Pencegah Rasuah (BPR), Wahab Wahid; pesara penguasa polis, Mohd Zain Ismail dan pesara inspektor polis, Nordin Saidin.

Sementara itu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika dihubungi menjelaskan peraturan baru itu tidak hanya membabitkan pemimpin di peringkat Pusat, malah meliputi cawangan dan bahagian.

"Contohnya, Ketua Umno Bahagian Pandan, Abd Ghani Ismail, yang dihadapkan ke mahkamah baru-baru ini," katanya.

Selasa lalu, Abd Ghani dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas 10 tuduhan menyalahguna kuasanya sebagai Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dengan menerima rasuah berjumlah lebih RM200,000 bagi meluluskan tender antara 2006 dan 2007.

Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan, pula menjelaskan kes membabitkan Ketua Umno Bahagian Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman yang didakwa di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu atas tuduhan membuat kenyataan palsu, adalah antara yang menjadi rujukan dalam pelaksanaan peraturan baru itu.

"Kita menggunakan prinsip seseorang itu tidak bersalah sehingga didapati bersalah. Tidak adil jika parti memecat atau melucutkan jawatan seseorang pemimpin itu, tetapi mahkamah memutuskan dia tidak bersalah pula.

"Jadi peraturan ini dikuat kuasa untuk bertindak adil kepada mana-mana pemimpin dalam parti yang dihadapkan ke mahkamah," katanya.

Bulan lalu, Ibu Pejabat Umno mengumumkan jawatan Ketua Umno Bahagian Labuan yang disandang Suhaili gugur dengan sendirinya berkuat kuasa serta-merta selepas didakwa di mahkamah selaras Fasal 10.10 Perlembagaan Umno.